Mahathir salahkan rakyat punca lambakan pekerja asing


Syarikat mengambil pekerja asing kerana bayaran mereka murah. Bagaimana dengan bayaran murah boleh jadi kaya? Berbelit-belit cakap..



PUTRAJAYA 1 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kehadiran pekerja asing ke dalam negara ini berpunca daripada sikap rakyat yang tidak mahu membuat kerja tertentu walaupun mereka sebenarnya mampu melakukannya sendiri.

Ujar Perdana Menteri, maka peluang itu direbut oleh pekerja asing.



“Akhirnya, mereka akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kata Perdana Menteri, kerajaan sedar akan kebimbangan rakyat berhubung kebanjiran pekerja asing di dalam negara.



Sehubungan itu, ujar beliau, kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan hanya apabila mereka benar-benar diperlukan oleh sektor-sektor yang kurang sambutan pekerja tempatan seperti sektor jenis 3D (Dirty, Dangerous & Difficult)

“Ingin saya tekankan bahawa dasar kerajaan amat jelas bahawa keutamaan pekerjaan di Malaysia adalah kepada warganegara,” katanya.



Yang hadir sama, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Lebih 5,000 yang terdiri para pekerja di dalam kalangan perkhidmatan awam dan swasta hadir memeriahkan sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 itu yang pertama kali di bawah pentadbiran kerajaan baharu. - UO

Mahathir salahkan rakyat punca lambakan pekerja asing Mahathir salahkan rakyat punca lambakan pekerja asing Reviewed by Abu Leman Abu Seman on May 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...