Lebih baik gaji kecil dari tiada gaji langsung – Mahathir


Dulu kata memalukan graduan jual nasi lemak dan bawa uber. Sekarang kata lebih baik gaji kecil dari takda gaji. Patutlah Rafizi kata Mahathir ni rekod dia lidah bercabang.



Rakyat Malaysia yang menganggur perlu mengambil pekerjaan dalam industri 3D (kotor, berbahaya dan sukar) daripada tidak mempunyai pekerjaan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang akhbar sempena sambutan Hari Pekerja 2019 hari ini, perdana menteri menegaskan bahawa berpendapatan rendah adalah pilihan yang lebih baik berbanding tidak mempunyai pendapatan.


"(Walaupun) gaji rendah, tetapi jika mereka tidak bekerja, mereka tidak ada apa-apa pendapatan. Jadi mereka mesti memilih. Sekurang-kurangnya jika mereka bekerja, mereka akan mendapat sesuatu," katanya kepada media persidangan di Putrajaya pagi ini.

Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai gaji rendah dalam pekerjaan 3D yang tidak menarik penglibatan rakyat Malaysia.


Dalam ucapannya sebelum ini, Mahathir berkata pekerja asing mengambil pekerjaan 3D kerana rakyat Malaysia tidak akan melakukannya.

Beliau memberitahu hadirin bahawa kerajaan menyedari kebimbangan penduduk setempat berhubung isu jumlah penduduk asing yang berhijrah ke negara ini dan Putrajaya telah mengambil langkah untuk memastikan pekerjaan hanya diberikan kepada pekerja asing dalam industri yang kurang menarik penglibatan rakyat Malaysia.


"Jika mereka (rakyat Malaysia yang tidak berkerja) tidak melakukan kerja-kerja (3D) ini, maka orang lain akan melakukannya, maka wang kita akan mengalir keluar.

"Kita tidak boleh memaksa (majikan membayar gaji yang lebih tinggi). Tetapi kita harus ingat bahawa kita bekerja untuk negara kita, untuk membangunkan negara kita," katanya.


Pekerjaan dalam industri 3D sering dilakukan oleh pekerja-pekerja buruh, yang kebanyakannya terdiri daripada orang asing dari negara-negara tetangga lain yang kurang berkemampuan. - MK

ARTIKEL BERKAITAN : Memalukan graduan jual nasi lemak, bawa Uber – Mahathir

Lebih baik gaji kecil dari tiada gaji langsung – Mahathir Lebih baik gaji kecil dari tiada gaji langsung – Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on May 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...