Laporan polis Aliff Syukri pukul anak 9 tahun hingga cedera


Pukul anak tak bertudung padahal tak baligh lagi, tapi buat video Bobo Di Mana dengan 2 jadian tayang tetek boleh pula



SEBUAH badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis ke atas usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri kerana merotan anak perempuannya berusia sembilan tahun dengan alasan kanak-kanak itu membuka tudung.

Perbuatan itu disifatkan sebagai penderaan fizikal.



Laporan itu dibuat pada Selasa oleh Protect andSave The Children (P.S. The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

CRCM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata mereka amat terkesan dengan perbuatan Aliff Syukri.



Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya minggu lalu, Aliff Syukri memua tnaik video dia sedang menyapu ubat di belakang anak perempuannya itu selepas merotannya.

"Datuk Aliff Syukri mendakwa di media sosialnya bahawa dia merotan anak perempuannya kerana dia membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali.



"Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya untuk ditonton kira-kira 3.1 juta pengikutnya," kata CRCM.

CRCM juga berkata Aliff mendisiplinkan anaknya dengan cara ekstrem, bahkan memberikan penjelasan berhubung tindakannya itu.



"Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.

CRCM menggesa polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil tindakan segera dan menyeluruh terhadap insiden itu.



Video berdurasi satu minit itu mendapat 881,934 tontonan dan 67,408 tanda suka sehingga pukul 8.39 malam Selasa.

Dalam video itu Aliff berkata dia merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra, 9, atau Cess kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali atas sebab tertentu.



Kapsyen video itu berbunyi: "Anak perempuan saya kena jaga yang terbaik.

"Maafkan abah Cess. Abah teramat sayang Cess tapi ni semua untuk masa depan Cess.



"Hari ni abah rotan Cess sebab abah nak Cess faham erti maruah seorang perempuan. Qadejah ni ada satu habit kadang-kadang dia buka tudung je depan lelaki yang tak kenal," kata usahawan kosmetik itu.

Aliff Syukri berkata anak perempuannya itu mempunyai tabiat membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali.



"Mungkin dia tak faham sebab dia kecil lagi tapi dari kecil ni saya kena didik la supaya dia tahu batas-batas... Tutup aurat.

"Saya nak anak perempuan saya jadi yang terbaik, pandai agama dan tahu jaga kehormatan diri. Harap-harap dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan," katanya.



Video itu mendapat kecaman netizen.

"Anda mencederakan dia secara fizikal dan mental, apa yang anda lakukan adalah penderaan kanak-kanak," kata netizen. – MS



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






















Laporan polis Aliff Syukri pukul anak 9 tahun hingga cedera Laporan polis Aliff Syukri pukul anak 9 tahun hingga cedera Reviewed by Abu Leman Abu Seman on May 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...