Zaman BN tak suruh minum minyak sawit - Najib



REMBAU 4 April - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminta rakyat untuk minum minyak sawit bagi menangani kejatuhan harga komoditi tersebut.

Sebaliknya, jelas Ahli Parlimen Pekan itu, kerajaan pada masa itu berusaha mencari pasaran dengan menjual hasil kelapa sawit ke luar negara termasuk ke China dan India.



“Janganlah gaduh dengan China, janganlah pergi Pakistan tak singgah India. India lebih kaya daripada Pakistan, India boleh beli sawit.

“Pakistan pula minta kita melabur di sana, beratus juta, duit yang patut dilabur di Malaysia dilabur ke Pakistan, buat apa,” katanya sewaktu berucap dalam Program Santai di Restoran Syamiera Corner, Bandar Sri Sendayan di sini malam ini.



Program tersebut sebahagian daripada program Najib yang diaturkan bagi membantu kempen BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Najib sebelum itu juga berkesempatan menunaikan solat Isyak di Surau An-Nur, Bandar Sri Sendayan yang turut dihadiri oleh calon BN yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.



Sementara itu, Najib menjelaskan, PRK Rantau merupakan peluang terbaik untuk menghantar mesej jelas bahawa rakyat mahu zaman BN dapat kembali semula.

“Bila kita menang di Cameron Highlands kita pun naik semangat, menang di Semenyih kita naik lagi, menang di Rantau lagi semangat.



“ Antara Mohamad Hasan dengan Streram siapa lebih elok? Mohamad lebih elok keseluruhan, siapa lebih pandai?

“Streram doktor cucuk bagi orang tidur, nanti orang semua tidur. Kita mahu orang yang ada pengalaman, dalam korporat, sebagai bekas Menteri Besar dalam membangunkan negeri,” katanya lagi. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Zaman BN tak suruh minum minyak sawit - Najib Zaman BN tak suruh minum minyak sawit - Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...