Wajib bayar hutang PTPTN – Mufti WP


Betul hutang wajib dibayar, tapi yang dah tabur janji manifesto kata nak tangguh tu macam mana?

KUALA NERUS 4 April - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajib melangsaikan setiap hutang mereka tanpa memberikan sebarang alasan semata-mata untuk mengelak pembayaran tersebut.


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, kegagalan peminjam tabung berkenaan membayar hutang bakal menjejaskan peluang para pelajar lain untuk mendapatkan bantuan berkenaan selepas ini.

Katanya, sebagai umat Islam selama mana seseorang itu membuat sesuatu janji untuk membayar hutang maka, hutang tersebut wajib dibayar walau dalam apa jua keadaan sekalipun berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.


“Kita juga akan berkeluarga dan ada anak, cuba bayangkan anak kita satu masa nak minta PTPTN tetapi tidak dapat, macam mana keadaannya? Kita bayangkan juga bagaimana cucu kita tidak dapat PTPTN.

“Justeru sebagaimana Islam mengajar kita untuk membayar, maka sewajarnya kita bayar. Buatlah walaupun berdikit-dikit nescaya kesannya cukup besar dalam kehidupan kita InsyaAllah,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Pengurusan Hutang Efektif Menurut Perspektif Islam sempena Karnival Kewangan Terengganu di Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Centre di sini hari ini.

Berdasarkan laporan akhbar pada bulan lalu, seramai 362,000 daripada 1.9 juta peminjam tidak membayar pinjaman dengan jumlah sebanyak RM2.6 bilion sejak tabung berkenaan ditubuhkan 21 tahun lalu. - UO

Wajib bayar hutang PTPTN – Mufti WP Wajib bayar hutang PTPTN – Mufti WP Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...