Video SUSK Timb. Menteri Pendidikan halau rakyat tular



Satu video rakaman Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Teo Nie Ching hari ini tular di media sosial.

Video yang dirakam secara curi itu menunjukkan SUSK Teo Nie Ching secara biadab dan kurang ajar sedang menjawab pertanyaan rakyat dan tidak lama selepas itu menghalaunya dari pejabat.



Isunya berkaitan dengan pelajar India yang mendapat keputusan cemerlang tetapi gagal melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.

Antara soalan penting yang ditanya adalah berapa kuota yang diberikan kepada pelajar India untuk ke Matrilukasi namun tidak dijawab oleh SUSK.



Setiap pertanyaan lain yang dilontarkan kepada SUSK juga itu tidak dijawab malah penanya diherdik dan diarah untuk terus bertanya kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Menurut pencarian di laman web rasmi Kementerian Pendidikan, SUSK kepada Teo Nie Ching ini bernama Ts Rudy Adrie bin Idris. Pencarian juga menemukan akaun media sosial beliau di FacebookTwitter serta Instagram. - AbuLeman





Isu pelajar India cemerlang tapi gagal ke matrikulasi: Kuota zaman BN telah dikurangkan

KUALA LUMPUR: Menteri dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus bertanggungjawab dan segera menyelesaikan isu matrikulasi kemasukan pelajar-pelajar cemerlang kaum India yang tidak ditawarkan kemasukan ke matrikulasi.



Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, H. Puvaniten dalam satu kenyataan berkata, tindakan menteri PH mendiamkan diri dalam isu itu sungguh mendukacitakan.

Isu berkenaan sudahpun menjadi viral di laman media sosial sejak semalam dan telah wujud pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.



"Isu ini telah menghampakan dan mengejutkan kaum India. Tiada sesiapapun harus tertinggal atau terpinggir dalam proses pendidikan negara. Di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional lepas, sebanyak 1,500 tempat telah diperuntukkan dari tahun 2012 sehingga 2017 kepada pelajar-pelajar India yang cemerlang.

"Kemudian jumlah ini telah dinaikkan kepada 2,200 tempat berdasarkan sasaran objektif Malaysian Indian Blue Print oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu kenaikan 7 peratus pelajar-pelajar India di IPTA negara," ujarnya.



Tambah Puvaniten, menteri PH harus menyemak rekod pelajar-pelajar cemerlang itu yang terpinggir dari proses kemasukan matrikulasi. Mereka adalah pelajar-pelajar cemerlang.

"Mengapa mereka ini tidak diberikan peluang kemasukan matrikulasi? Agak mengecewakan apabila hanya 1,000 tempat diperuntukan untuk pelajar-pelajar India," katanya.



Puvaniten berkata, perkara itu adalah suatu kekecewaan besar kepada masyarakat kaum India yang telah mengundi PH pada pilihan raya yang lepas yang kononnya akan mengubah kedudukan sosioekonomi semasa kaum India.

“Saya mengesa kerajaan Pakatan Harapan harus memberikan peruntukan yang asal iaitu 2,200 tempat matrikulasi kepada pelajar-pelajar India seperti biasa. Kalau ditambahkan lebih daripada 2,200, kami akan berterima kasih kepada kerajaan sekarang," ujarnya. - AA



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



















Video SUSK Timb. Menteri Pendidikan halau rakyat tular Video SUSK Timb. Menteri Pendidikan halau rakyat tular Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...