#PRKRantau: Undi Melayu, India, Cina, orang muda meningkat



PAKATAN HARAPAN - SILA LAKUKAN KERJA SENDIRI DENGAN BAIK

Tulisan : Lin Rui Yuan, Penolong Ketua Editor Sin Chew Daily

Kekalahan Pakatan Harapan dalam PRK Rantau memang sudah dijangka, namun tidak menyangka kekalahan yang begitu teruk. Ada banyak perkara yang harus diperhatikan.


Pertamanya, pemimpin Pakatan Harapan telah hilang sentuhan emasnya, terutamanya bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Pada bulan Oktober tahun lepas dalam PRK Port Dickson, DSAI mendapat kemenangan besar dengan 23,560 undi dengan mengalahkan 6 calon lain. Berbanding dalam PRU14 dahulu yang hanya 17,710 undi telah meningkat lebih 5,850 undi. Peningkatan 65% undi Melayu berbanding 40% sebelumnya, manakala undi dari kaum Cina dan India juga bertambah.

Dalam masa setengah tahun, keadaan telah berubah. DSAI setiap malam berkempen di Rantau tetapi tidak mampu untuk meraih undi. Mengikut rekod undi PRU yang lalu bagi Parlimen Rembau yang diperolehi oleh Khairi Jamaluddin, bagi DUN Rantau Barisan Nasional kalah dengan 412 undi. Kali ini DS Mohammad Hassan menang dengan majoriti besar 4,510 undi.


Dalam PRU lepas, kedua-dua belah pihak memenangi 7 PDM, kali ini pula Barisan Nasional menang 13 PDM. Satu perbandingan dengan julat yang besar, ia menampakkan pemimpin Pakatan Harapan bukanlah kuasa tarikan utama lagi, termasuklah Tun Mahatihir. Dengan aura tempatan, DS Mohammad Hassan menenggelamkan DSAI, ia menjejaskan kredibiliti DSAI.

Kedua, yang paling mengejutkan ialah sokongan daripada pengundi India yang semakin menurun kepada Pakatan Harapan. DSAI telah menghantar seorang calon keturunan India, Dr. Streram bagi mendapatkan undi padu dari 27% pengundi keturunan India. Beliau juga sangat yakin akan memperolehi undi Melayu yang ditambah dengan undi masyarakat India maka tentulah kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Harapan.


Bagaimanapun mengikut analisa, undi kaum India telah merosot 30% dan sebahagian undi Cina juga telah kembali ke Barisan Nasional.

Walaupun dalam ceramah di kawasan bukan Melayu, Pakatan Harapan menggunakan isu kerjasama UMNO-PAS adalah berbentuk extremist, namun kesannya tidaklah besar. Sebaliknya pengundi bukan Islam tidak menganggap Pakatan Harapan adalah undi yang harus diberikan.


Ketiga, pengundi Melayu yang menyokong Pakatan Harapan semasa PRU dahulu kembali menyokong UMNO. Ini bukanlah satu yang menghairankan, namun yang menjadi kejutan ialah pengundi muda turut menyokong UMNO. Malahan ramai pengundi anak rantau kembali ke kampong untuk mengundi.

Orang-orang Melayu menolak Pakatan Harapan kini sudah menjadi satu fenomena. Hanya perlukan masa yang singkat untuk mengubahnya.


Keempat, Pakatan Harapan sudah memerintah hampir setahun, undi yang diperolehi dari penjawat awam amatlah menyedihkan. Dari undi tentera dan polis serta undi pos, Barisan Nasional mendapat 113 undi, Pakatan Harapan hanya mendapat 10 undi. Ia adalah selari dengan undi-undi orang-orang Melayu.

Maka boleh dikatakan, emosi membantah kerajaan dari kalangan penjawat awam amatlah tinggi. Patutlah pemimpin Pakatan Harapan menyuarakan yang mereka tidak mendapat kerjasasama dari penjawat awam.


Penjawat awam masih menaruh harapan dan mengenang budi Barisan Nasional kerana kerajaan terdahulu memberikan sebegitu banyak peruntukan dan kebaikan kepada mereka.

Sebelum PRU14, mantan Perdana Menteri DS Najib menjanjikan peruntukan RM1.46 bilion untuk kenaikan gaji tambahan kepada 1.6 juta penjawat awam. Tetapi, apabila Pakatan Harapan memerintah sudah tiada lagi kenaikan gaji. Malah lebih 10 ribu kakitangan kontrak diberhentikan atau diawalkan pemberhentiannya.


Kelima, segala hal kemungkaran kerajaan lama tidak lagi menjadi perhatian rakyat. Dalam tempoh berkempen PRK, kerajaan Pakatan Harapan mengeluarkan Kertas Putih Felda, menonjolkan 8 transaksi yang mencurigakan dan kerugian aset RM2.2 bilion serta memerlukan suntikan dana kerajaan RM6.2 bilion. Manakala pihak polis juga mendedahkan yang wang 1MDB telah disalahguna untuk membeli cincin merah jambu bernilai US$2,300 (hampir RM94 juta).

Perkhabaran baik penukaran jajaran ECRL yang masuk ke Negeri Sembilan yang melalui Jelebu juga mempengaruhi emosi pengundian. Selain itu, ahli-ahli peringkat bawahan Pakatan Harapan semakin hari semakin melampau perbuatan mereka dengan memarahi kerajaan lama.


Sebagai contoh, pasukan petugas Pakatan Harapan yang memeriksa MPV polis dengan meminta dibukakan bonet dengan mengambil undang-undang ditangan sendiri. Begitu juga ahli-ahli parti PKR yang bertumbuk sesama sendiri di dalam bilik Command Centre dan di luar bilek memperlihatkan kejengkelan dalaman parti. Perkara-perakara begini jika tidak dibendung akan mendatangkan kemarahan rakyat.

Kesimpulan daripada pengajaran di atas, Pakatan Harapan tidak sepatutnya membuang masa dengan menonjolkan kesilapan kerajaan lama. Kerana bagi rakyat perkara-perkara ini bukanlah lagi menjadi perhatian.


Kerana hal-hal ini harus diadili oleh pihak pendakwaan undang-undang untuk menyelesaikannya. Menteri-menteri kerajaan Pakatan Harapan haruslah menumpukan kepada tugas hakiki dengan meningkatkan taraf ekonomi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Pakatan Harapan juga harus menjadi contoh dengan berpegang kepada amanah. Sebagai contoh pemansuhan,“Akta Majlis Keselamatan Negara 2016” yang dijanjikan dulu haruslah dimansuhkan, bukannya hanya dipinda. Menggunakan “caj kesesakan” bagi menggantikan kutipan tol di lebuhraya. Ia hanya menukar nama tetapi tidak menukar pada isinya.


Jika Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan janji maka haruslah berterus-terang kepada rakyat. Tidak sepatutnya menggunakan pelbagai alasan, harus difahami yang rakyat bukannya bodoh.

Pakatan Harapan tidak melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan, sebaliknya nak buat pula projek kereta nasional ke 3, projek kereta terbang, tukar kasut putih kepada kasut hitam, semuanya ini sukar untuk diterima oleh rakyat.


Jika Pakatan Harapan dapat melakukan kebaikan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah rakyat barulah rakyat dapat menerima yang kerajaan baru ini mempunyai keikhlasan. Penjawat awam juga boleh mengubah tanggapan mereka dan berfikir dengan rasional bagi membuat perbandingan.

Kerajaan Pakatan Harapan yang telah tiga kali berada dalam lembah kekalahan dalam PRK, ianya bergantung sama ada pemimpinnya tahu atau tidak tentang kesalahan mereka.




希盟在晏斗补选败北是预料中事,只是想不到会输那么多,有几个情况值得注意。

首先是希盟领袖失去光环效应,特别是候任首相安华。安华在去年10月的波德申补选以2万3560张多数票大胜6名对手,比第14届大选的1万7710张多数票多出5850票,而且马来票从约40%增至65%,华印裔选票也增加。

但短短半年,情况改变了,安华每晚都到晏斗演讲,却扶不起史德蓝的得票率。根据去年大选林茂国会议员凯里所获得的票数,国阵在晏斗是以412票落败,这次莫哈末哈山以4510张多数票大胜;去年大选,双方各赢7个投票站,这次国阵赢得13个。来回落差如此之大,显示希盟领袖不再有号召力,包括敦马。



末哈山接地气,光芒盖过安华,有损后者的威望。

第二个令人惊讶的是,印裔选民的支持率不进反退。安华派遣印裔候选人史德蓝就是看中27%的印裔选票,他个人自信能够争取到数量可观的马来票,再加上印裔票,就可以过关。


但是,根据分析印裔选票反而比509大选流失30%,印裔牌失效,而且部分华商选票也回流国阵。

虽然希盟在非马来区,猛攻巫统与伊党合作将走向极端的课题,效果却不大,反映非穆斯林不再是希盟的铁票。


第三,在509大选支持希盟的马来票回流巫统,这不让人惊奇,意外的是年轻马来选民也支持巫统,甚至有许多马来游子回乡投票。

马来人反希盟已经形成趋势,需要一些时间才能化解。



第四,希盟执政近一年,得到的公务员票少到可怜。在军警和邮寄选票方面,国阵得到113票,希盟只有10票,和马来票的走向一致。

由此可见,公务员反政府的情绪高涨,难怪希盟领袖投诉没有得到公务员的配合。


公务员对国阵还有憧憬,因为前朝政府给予很多好处。在509大选前,前首相纳吉承诺在去年7月拨款14亿6000万令吉,为160万名公务员额外加薪,但希盟执政,加薪没了,还有一万多名合约公务员被提早解约。

第五,前朝政府的滥权和舞弊课题,不再受民众关注。在补选期间,希盟政府在国会提呈联邦土地发展局白皮书,揭露8项可疑交易,资产亏损22亿令吉,需要政府拨款62亿令吉拯救。警方也披露,一马公司的资金确实被挪用来购买价值2300万美元(约9400万令吉)的粉红钻石。


东海岸铁路(ECRL)新路线转至森州日叻务,这样的好消息也没有带动选情。

此外,希盟基层也逐渐染上前朝傲慢、目无法纪的恶习,比如希盟助选员拦截警车,搜查后车厢,就是仰仗权势的行径;公正党党员也在行动室外打架,党内被指出现扯后腿。这些乱象若没有受到遏制,将引起人民反感。


总结以上情况的教训是,希盟不应浪费太多时间攻击前朝的错误,因为人民对此已不再有共鸣;舞弊事件就交由执法机构去调查及采取行动,希盟部长应专注做好自己的事情,提振经济、解决生活费高涨等民生问题。

希盟也必须以身作则,坚守诚信,比如答应废除“2016年国家安全理事会法令”,就必须做到,而不是修改。用“交通疏导费”来取代大道收费,也只是换汤不换药。


若希盟无法兑现承诺,应该向人民坦诚,不应用掩盖及取巧的做法或说词,人民不是笨蛋。

希盟没有做好自己的本分,去搞什么第三国产车、飞行车、黑鞋白鞋,很难令人信服。


只要希盟良好施政,致力解决民生问题,人民就会感受到新政府的诚意,公务员也会改观,理智的做出比较和思考。

希盟能否走出补选三连败的低谷,取决于是否意识到自己的错误?

#PRKRantau: Undi Melayu, India, Cina, orang muda meningkat #PRKRantau: Undi Melayu, India, Cina, orang muda meningkat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...