Tun M dimasukkan ke IJN mengadu sakit dada


Semoga cepat 'sembuh'

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada pagi Rabu, setelah mengadu sakit dada.


Beliau dimasukkan ke wad biasa pada pukul 6 pagi tadi selepas mengalami demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Tun Mahathir menjalani rawatan intravena antibiotik dan fisioterapi dada secara intensif.


Pembantu khas beliau, Sufi Yusof dalam satu kenyataan di sini berkata, Dr Mahathir dijangka berada di IJN selama seminggu.

Para doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat. – Mstar


Diterbitkan pada Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM
Tun M dimasukkan ke IJN mengadu sakit dada Tun M dimasukkan ke IJN mengadu sakit dada Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...