Tol Karak dihapuskan dalam masa terdekat – ADUN PH


Tak puas kencing rakyat lagi ke?

KUALA LUMPUR – Penjimatan yang diraih kerajaan menerusi Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan dengan kos yang rendah boleh manfaatkan untuk menghapuskan tol Karak secepat mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mendesak agar pengurangan kos projek itu dapat disalurkan demi membangunkan kawasan Bentong khususnya dari aspek infrastruktur.


“Menghapuskan tol Lebuhraya Karak dengan secepat mungkin. Ini merupakan salah satu janji utama oleh Pakatan Harapan di Bentong semasa PRU14. Sudah tentulah penjimatan berpuluh billion daripada penjajaran semula laluan ECRL adalah lebih kecil berbanding dengan kos mengambil alih konsesi tol Lebuhraya Karak.

“Saya mendesak bahawa penjimatan berpuluh bilion daripada penjajaran semula laluan ECRL daripada Bentong digunakan untuk projek-projek pembangunan infrastruktur lain di kawasan Bentong. Berikut adalah permintaan saya mewakili warga Bentong,” katanya menerusi kenyataan.


Beliau dalam masa yang sama turut menggesa agar projek laluan ‘bypass’ Central Spine Road (CSR) di kawasan itu disegerakan berikutan kelewatan pembinaan sejak beberapa tahun.

Untuk rekod, sepatutnya CSR sepanjang 28.5 kilometer (km) demi menangani kesesakan di bandar Bentong itu dibina semasa kerajaan terdahulu dan ia dijangka siap tahun ini.


“Projek ini sangat penting bagi warga Bentong kerana ia dapat mengurangkan kesibukan trafik di dalam kawasan Bentong terutamanya pada waktu hujung minggu dan musim cuti perayaan,” ujarnya.

Syefura atau Rara turut berharap agar jalan raya di Lebu-Mempaga dan Sertik dinaiktaraf kerana membahayakan penduduk dengan keadaannya walaupun ianya merupakan laluan utama bagi 3 kawasan.


“Keadaan jalan yang teruk telah menambah risiko kemalangan yang telah mengakibatkan banyak kehilangan nyawa. Jalan ini merupakan jalan utama bagi 3 kawasan DUN di bawah Parlimen Bentong iaitu DUN Bilut, Ketari dan Sabai,” tambah ADUN Ketari itu lagi.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2 ECRL kini telah dikurangkan kepada RM44 bilion, satu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asal RM65.5 bilion. - MalaysiaGazette

Tol Karak dihapuskan dalam masa terdekat – ADUN PH Tol Karak dihapuskan dalam masa terdekat – ADUN PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...