TMJ ucap terima kasih kepada Muhyiddin



KUALA LUMPUR 11 April - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan mengenai pertikaian siapa yang berkuasa melantik Menteri Besar di Johor.

Ucapan terima kasih itu dibuat Tunku Ismail dalam laman Twitter rasmi beliau yang disertakan dengan pautan laporan Utusan Malaysia berkenaan penjelasan Muhyiddin hari ini.


“Terima kasih Tan Sri. Saya berdoa semoga Tan Sri di berikan kekuatan, kesihatan dan sentiasa di berkati Allah.

“Allah peliharakan sultan,” katanya di sini hari ini.


Muhyiddin dalam sidang akhbar hari ini berkata, tindakan beberapa pihak yang mempertikaikan siapa yang lebih berkuasa untuk melantik Menteri Besar di Johor tidak seharusnya berlaku.

Muhyiddin yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor selama dua penggal memaklumkan, hal itu kerana sudah menjadi kebiasaan sejak dari dahulu yang Menteri Besar akan dilantik sultan di negeri tersebut.


Ketenangan Muhyiddin memberi penjelasan juga dipuji warga maya kerana berbeza dengan cara beberapa pemimpin lain yang dilihat mengeluarkan kenyataan mengikut emosi berhubung perkara tersebut. - UO



TMJ ucap terima kasih kepada Muhyiddin TMJ ucap terima kasih kepada Muhyiddin Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...