TMJ kongsi klausa jaminan dan kuasa Sultan


Perlembagaan kata kuasa melantik pada Sultan Johor. Nak spin apa lagi.

KUALA LUMPUR 11 April - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini dalam akaun media sosialnya berkongsi klausa-klausa yang memberi jaminan dan kuasa kepada Sultan untuk melantik Menteri Besar di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.


Dalam perkongsian itu, beliau berkata, Raja Berperlembagaan maksudnya raja-raja yang menurut Perlembagaan.

Beliau turut berkongsi pautan Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan jaminan dan kuasa kepada sultan serta jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.


Antara petikan daripada Perlembagaan Persekutuan yang dikongsikan beliau ialah Perkara 71.(1) iaitu Persekutuan hendaklah menjamin hak raja sesuatu negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi raja negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu.

Turut dikongsikan ialah Jadual Kelapan Seksyen 1 (2) (a) iaitu raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut iaitu melantik seorang Menteri Besar.


Selain itu ialah edisi terkini Undang-undang Tubuh Negeri Johor dan klausa-klausa di bawah memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk melantik Menteri Besar melibatkan Fasal 3 (1) iaitu Raja hendaklah melantik dengan surat tauliah yang ditandatangani olehnya dan dicap dengan mohor Kerajaan akan seorang Menteri Besar yang ada berkelayakan seperti yang disebutkan dalam Fasal 4(2)(a) yang akan menjadi Ketua Menteri dan pegawai besar kerajaan di dalam Negeri.


Tunku Ismail turut berkongsi beberapa Fasal lagi yang menerangkan bahawa tiada seorang pun boleh dilantik menjadi Menteri Besar melainkan ia itu daripada bangsa Melayu dan beragama Islam Fasal yang dilihat penting turut dikongsikan iaitu Fasal 4(2)(a) yang menjelaskan Raja hendaklah mula-mula sekali melantik seorang daripada Ahli Dewan Negeri yang pada timbangan boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada Ahli-ahli Dewan Negeri itu menjadi Menteri Besar bagi mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan. - UO

TMJ kongsi klausa jaminan dan kuasa Sultan TMJ kongsi klausa jaminan dan kuasa Sultan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...