Timbalan Menteri KDN terlibat nahas kemalangan jalan raya



PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman dilaporkan cedera ketika menyertai satu konvoi anjuran Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK) di Kota Kinabalu, hari ini.

Pejabatnya dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku kira-kira 10 pagi tadi, ketika ahli Parlimen Sepanggar itu menunggang motosikal bersama peserta konvoi itu dari Nabalu menuju Ranau.


“Azis mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil serta masih dirawat buat masa ini,” menurut kenyataan dikeluarkan pejabat Azis.

Terdahulu, Azis melancarkan program “Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah dan Konvoi Promosi Regatta Lepa Jubli Perak” di Kota Kinabalu, pagi tadi.


Beliau dilaporkan berkata, penganjuran konvoi itu menggunakan pendekatan serampang dua mata, iaitu mendampingi masyarakat bagi menyebarkan masalah penyalahgunaan dadah dan mempromosi penganjuran Regatta Lepa Jubli Perak di Semporna pada 26 dan 27 April ini.

Katanya, konvoi itu disertai 100 peserta menggunakan motosikal berkuasa tinggi membabitkan Persatuan Sabah Big Bikers, polis trafik dan AADK.


Konvoi selama 5 hari yang bermula hari ini di Kota Kinabalu, akan singgah di Kundasang, Ranau, Telupid, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, sebelum berakhir di Semporna. - FMT

Reti bawak ke idak?










Timbalan Menteri KDN terlibat nahas kemalangan jalan raya Timbalan Menteri KDN terlibat nahas kemalangan jalan raya Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...