Tiada cubaan lengahkan perbicaraan, kata peguam Najib


Kenyataan media TS Shafee Abdullah, peguambela DS Najib Razak. Mantap gilerrrrrr!!!!

1. Kenyataan pembukaan Tommy Thomas adalah mengarut! Ia adalah ucapan politik.



2. Pendakwaan terhadap Najib ada kecacatan yang nyata.

3. Kami confident menang.

4. Tidak ada taktik melengahkan perbicaraan oleh kami. 2 mahkamah rayuan telah mengatakan kami (pasukan peguambela) tidak melengahkan perbicaraan, kami tak peduli apa cakap Tommy. Mahkamah putuskan kami tidak melengahkan kes.



5. Hari ini langsung tidak mengubah apa-apa. Kami masih yakin menang.

6. Saksi utama pendakwaan menyebabkan kami hairan kerana beliau tidak arif berkenaan beberapa prosedur asas tugas beliau.



7. Perbicaraan masih diperingkat terlalu awal. DS Najib hanya akan dipanggil memberi kenyataan sekiranya mahkamah mendapati ada asas pada pendakwaan. Mungkin beliau tidak dipanggil sama sekali!

Tetapi sekiranya beliau dipanggil memberi kenyataan, saya juga menantikannya kerana BELIAU ADA BANYAK YANG INGIN DIPERKATAKAN! - Nabeel Naqiee





MUHAMMAD Shafee Abdullah menafikan pasukan peguam bela Najib Razak cuba melengah-lengahkan perbicaraan kes jenayah yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Shafee berkata, pasukannya hanya melakukan perkara lazim yang akan dilakukan mana-mana peguam sekiranya pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guam mereka mempunyai kecacatan.



“Pertama sekali, tiada cubaan untuk cuba melengah-lengahkan perbicaraan, apa yang kami lakukan adalah tindakan yang dilakukan apabila kamu didakwa dengan pendakwaan yang cacat,” kata Shafee, kepada pemberita selepas tamat hari pertama perbicaraan hari ini.

“Jika kamu membuat sebarang bantahan terhadap pertuduhan, bantahan harus dibuat sebelum perbicaraan bermula, jadi hari ini adalah hari sebelum perbicaraan bermula,” tambahnya, sambil menegaskan pertuduhan terhadap Najib cacat.



Shafee juga berkata pihaknya berpendapat ucapan pembukaan pasukan pendakwa raya oleh Peguam Negara Tommy Thomas lebih menjurus kepada ucapan politik.

“Jika kita teliti ia tidak mempunyai apa-apa selain pendakwaan, rumit dan tidak masuk akal seperti juga pertuduhan.



“Kami juga bangkitkan ucapan pembukaan tidak memberi pencerahan kepada mahkamah dan kami, malah tidak mematuhi prosedur di bawah Seksyen 179 Kanun Prosedur Jenayah, lebih kepada ucapan politik,” kata Shafee lagi. - TMI


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Tiada cubaan lengahkan perbicaraan, kata peguam Najib Tiada cubaan lengahkan perbicaraan, kata peguam Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...