TH hanya untuk haji, bukan untuk melabur


Dulu hibah kurang sedikit PH menyalak. Sekarang u-turn pula kata TH bukan untuk pelaburan..

ADAKAH VISI DAN MISI TABUNG HAJI SUDAH DITUKAR OLEH KEAJAAN PH?



Terpulanglah kepada mereka nak tuduh BN kejam sangat terlebih bayar dividen RM4.1 bilion sehingga Hibah tahun 2018 hanya 1.25%.

Walaupun kebenarannya ialah TH rugi besar selepas PRU14 hasil ekonomi dan pasaran menjurnam serta hasil sabotaj tangan PH sendiri.


Sekurang-kurangnya TH semasa zaman BN membayar Hibah yang tinggi selama ini dan selamat dimasukkan ke setiap akaun pencarum.

Tetapi saya risau dengan kenyataan-kenyataan PH baru-baru ini bahawa tugas TH hanya untuk kerja mengendalikan jemaah Umrah menunaikan ibadah Haji kali pertama dan TH tidak perlu untuk berniaga atau melabur lagi.


Visi asal TH adalah: 
Tonggak Kejayaan Ekonomi Ummah; Pengurusan Haji Terbilang

Dan misi pertama TH ialah:
"Memperkasa Ekonomi Ummah" serta "Menggembleng Dan Memperkaya Modal Pendeposit"


Jika halatuju Tabung Haji benar-benar telah ditukar oleh kerajaan PH maka visi dan misi asal TH juga perlu diubah.

Jangan malu nak telus dengan Ummah.


Jika bukan lagi peranan TH untuk memperkasakan ekonomi Ummah, institusi kerajaan PH yang mana lagi akan memikul tanggungjawab ini?

Tabung Harapan? - Najib Razak



TH hanya untuk haji, bukan untuk melabur  TH hanya untuk haji, bukan untuk melabur Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...