TERKINI: Dokumen penswastaan JKR tular



Hari ini tular satu dokumen kertas kerja lengkap tentang kebolehan satu jabatan untuk diswastakan yang mungkin akan dilaksanakan di dalam masa yang terdekat.

Jabatan yang dimaksudkan adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).


Kertas kerja sebanyak 28 helai itu seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam di samping mengurangkan kos operasi kerajaan yang sedang nazak bergelut dengan hasil pendapatan negara yang semakin berkurangan.

Apa yang mengejutkan, pada muka surat 23 kertas kerja, bagi mereka yang menolak tawaran untuk memasuki syarikat yang telah diswastakan itu akan dibersarakan atau akan ditamatkan perkhidmatan secara paksa.


Perkara ini jelas bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang telah berjanji akan mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat.

Sebaliknya puluh ribu pekerja telah hilang pekerjaan dan mereka yang bekerja dengan JKR pula akan diswastakan. Tidak mustahil beberapa jabatan lain juga akan diswastakan selepas itu.


Sementara itu satu surat memorandum bantahan yang bertarikh 27 Mac yang ditujukan kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga turut tular di media sosial hari ini.

Menurut memorandum itu bantahan itu wajar memandangkan perbincangan tentang penswastaan JKR hanya melibatkan pegawai-pegawai atasan tertentu sahaja tanpa melibatkan keseluruhan warga JKR.


Tambahnya lagi, tiada sebarang survey telah dibuat untuk mendapatkan pandangan atau cadangan langsung daripada warga JKR.

Memorandum itu mewakili kesulurhan warga JKR yang mana turut kelihatan pada surat itu cop diterima oleh Pejaabt Pengarah JPA pada 2 April lau. - AbuLeman



























































TERKINI: Dokumen penswastaan JKR tular TERKINI: Dokumen penswastaan JKR tular Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...