Tauke The Loaf dapat projek Bandar Malaysia RM140 bilion



Semalam Tun Mahathir menjelaskan bahawa Bandar Malaysia akan dibina oleh pemaju yang sama seperti sebelum ini iaitu Konsortium IWH-CREC.

Apabila wartawan bertanya kenapa projek ini tidak ditender semula, mungkin bagi mendapatkan harga kontrak yang lebih baik, maka Tun menjawab bahawa "KERAjaan Pakatan Harapan (PH) telah menamatkan kontrak pemaju tersebut dengan cara tidak adil" (We feel that we did wrongly towards the company). Rujuk di sini.


Antara satu masalah saya apabila membaca setiap kenyataan Tun M ialah saya mempunyai masalah kepercayaan kepada beliau.

Mana logik orang seperti Tun M sanggup ‘mengaku salah’ apatah lagi kepada pihak yang tiada pengaruh politik seperti IWH-CREC.


Berdasarkan semakan saya, Iskandar Waterfront Holdings (IWH) adalah milik Tan Sri Lim Kang Hoo.

Konsortium beliau dan China Railway Engineering Corp (CREC) telah memenangi bidaan projek Bandar Malaysia dengan nilai RM7.41 bilion sebelum kontrak mereka ditamatkan oleh Kementerian Kewangan pada 2017 selepas gagal menyediakan bank guarantee kepada kerajaan. Rujuk di sini.


Tun Mahathir mempunyai sebuah rangkaian bistro bernama The Loaf; hasil kerjasama dengan sebuah syarikat Jepun.

Pada April 2018, The Loaf menutup semua operasi 12 rangkaian outlet itu di seluruh negara selepas menanggung kerugian yang besar. Rujuk di sini.


Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini. Rujuk di sini.

Siapa pemilik Ekovest Berhad? Beliau adalah Tan Sri Lim Kang Hoo.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Manir, Kuala Terengganu


Kesimpulan:
  • Tun M pemilik 51% saham The Loaf.
  • The Loaf muflis pada tahun 2018.
  • Lim Kang Hoo bail out The Loaf pada 4 April 2018.
  • 19 April 2019 Tun M umum Projek Bandar Malaysia akan diteruskan. 
  • Lim Kang Hoo diberikan projek Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion.
  • Nampak tak?

Gambar menunjukkan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sedang makan bersama Lim Kang Hoo.








Tauke The Loaf dapat projek Bandar Malaysia RM140 bilion Tauke The Loaf dapat projek Bandar Malaysia RM140 bilion Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...