Tak sabar tunggu PRU15 – Pengundi PH


Makin ramai pengundi PH mula menunjukkan tanda penyesalan. Tak sabar tunggu PRU15.

LANGKAWI 29 April - Kira-kira seminggu lagi, Pakatan Harapan (PH) bakal menyambut ulang tahun pertamanya sebagai kerajaan selepas mencipta sejarah menamatkan penguasaan 60 tahun Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei, tahun lalu.


Namun sepanjang tempoh itu, rata-rata rakyat khususnya golongan muda tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH atas dua faktor iaitu gagal menunaikan janji manisfesto dan menurunkan kos sara hidup.

Malah ada dalam kalangan mereka secara terbuka memaklumkan tidak sabar menunggu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk menukar kembali kerajaan.


Seorang juruteknik, Arif Ngadiman, 26, berkata, sebagai salah seorang anak muda yang memberi undi kepada PH dalam pilihan raya lalu, kini hampa apabila kerajaan gagal menunaikan kebanyakan janji khususnya berkaitan pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan peningkatan gaji minimum yang dikatakan sebanyak RM1,500.

Katanya, berikutan itu, kebanyakan golongan muda termasuk rakan-rakannya kini mengakui adalah yang paling terkesan dan kecewa.


“Kami menukar kerajaan disebabkan terpesona dengan janji PH. Siapa tidak mahu, apabila melihat janji PH yang menepati keperluan rakyat termasuk golongan muda seperti pemansuhan PTPTN dan peningkatan gaji minimum khususnya yang bekerja dalam sektor swasta.

“Tak sabar hendak tunggu PRU hendak tukar balik kerajaan. Saya percaya, jika kerajaan PH masih tidak berubah, mereka akan menjadi kerajaan sepenggal,” katanya yang merupakan pengundi di kawasan Parlimen Sepang, Selangor ketika ditemui di sini, hari ini.


Seorang kakitangan swasta, Hazirah Hazwani Khalil, 29, pula berkata, prestasi kerajaan PH terlalu perlahan khususnya melibatkan barisan Kabinet.

Dia yang juga salah seorang pengundi PH dalam pilihan raya lalu berkata, selain itu, sebelum ini, rata-rata rakyat khususnya orang muda percaya bahawa pemerintahan BN tidak telus.


“Bagaimanapun, kebanyakan salah laku yang disebut-sebut itu masih tidak terbukti. Kalau kerajaan tidak berubah, saya rasa sepenggal sahaja mereka mampu bertahan.

“Bukan saya saja rasa begitu, malah ramai lagi berpandangan yang sama. Orang muda yang banyak membantu kemenangan PH dan tidak mustahil mereka (orang muda) juga akan kembali melakukan perubahan,” katanya. - UO

Tak sabar tunggu PRU15 – Pengundi PH Tak sabar tunggu PRU15 – Pengundi PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 29, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...