Suspek simbah cat bermasalah mental – JAIM



Maklumbalas Kejadian Menyimbah Cat di Masjid Tengkera, Melaka

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terpanggil untuk memberi maklumbalas berkaitan penularan isu kejadian menyimbah cat di pintu utama Masjid Tengkera, Melaka.



Kejadian berlaku sebelum Solat Subuh pada 19 April 2019 yang disedari oleh jemaah masjid. Laporan polis telah dibuat dan suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Sehubungan itu, JAIM menyeru kepada orang ramai agar menghentikan spekulasi serta tohmahan berbentuk sentimen agama, politik dan perkauman terhadap kejadian tersebut.



JAIM juga mengingatkan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.

Marilah kita sama-sama membantu mengimarahkan rumah Allah, meramaikan jemaah di masjid serta membantu jawatankuasa masjid dan pegawai syarak memakmurkan rumah Allah tersebut.

Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Melaka
19 April 2019





Selain bermasalah mental, menurut netizen, suspek juga adalah seorang berbangsa Melayu seperti gambar di atas. Namun sejauh mana kebenarannya masih tidak diketahui.

Jika benar suspek bermasalah mental, adakah tindakannya itu didorong oleh seseorang? Setakat ini tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa tentang status bangsa suspek dan motif tindakannya.



Sebahagian netizen yang lain kecewa dan mempersoalkan mengapa setiap kali perlakuan khianat terhadap umat Islam akhirnya diberi alasan suspek bermasalah mental, seolah-olah mahu menutup kes.

Namun apabila tindakan yang sama terkena pada agama lain seboleh-boleh mereka mahu siasat sampai tertangkap, tiada pula alasan mental atau sebagainya. – AbuLeman



ARTIKEL BERKAITAN:


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Suspek simbah cat bermasalah mental – JAIM Suspek simbah cat bermasalah mental – JAIM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 19, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...