Suspek periksa kereta polis di PRK Rantau direman 3 hari



Tiga suspek yang ditahan berhubung kes penyokong parti politik yang memeriksa kereta peronda polis ketika PRK Rantau Sabtu lalu, direman tiga hari.

Menurut Berita Harian, mereka dibawa ke Mahkamah Khas Reman Seremban pada pukul 8.30 pagi tadi dengan berpakaian lokap dan bergari.



Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop berkata, perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah dan bermula hari ini.

"Ketiga-tiga lelaki berusia 36 hingga 50 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.



"Suspek yang masing-masing bekerja sebagai penjual kereta, pemandu lori dan peniaga ayam, ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang semalam di tiga lokasi berasingan di daerah ini," katanya seperti dipetik.

Mohamad juga berkata polis sedang memburu dua lagi suspek berkenaan kes itu.



Rakaman kejadian yang berlaku di pusat mengundi di SJKC Chung Hua itu tular di laman sosial.

Mereka dipercayai bertindak demikian kerana mengesyaki kereta polis itu membawa kertas undi ke pusat pengundian. - MK







[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel

Suspek periksa kereta polis di PRK Rantau direman 3 hari Suspek periksa kereta polis di PRK Rantau direman 3 hari Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...