Sumbangan, derma politik tak tertakluk cukai, kata LHDN



SUBANG: Penerima sumbangan politik tidak perlu membayar cukai ke atas wang yang diterima, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

"Bagi saya, jika pendapatan itu tidak tertakluk kepada cukai, maka ia tidak boleh dikenakan cukai. Sumbangan politik tidak tertakluk kepada cukai," kata Mohd Shukor selepas merasmikan seminar separuh hari bertajuk 'Setahun Bagi Cukai Akhir : Isu dan Cabaran' anjuran bersama LHDN dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) di sini, Selasa.


Mohd Shukor berkata demikian ketika ditanya jika sumbangan politik tertakluk kepada cukai.

Ini merujuk kepada posting blog oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanya jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendedahkan penerimaan sumbangan besar yang disalurkan kepadanya dalam akaun bank peribadinya kepada LHDN.


Sementara itu Mohd Shukor berkata LHDN menyasarkan meraih kutipan cukai lebih RM1 bilion tahun ini berikutan pengurangan penalti terhadap pembayar cukai sepertimana diumumkan dalam pengubahsuaian Bajet 2016.

Katanya, kutipan cukai bagi tahun lepas mencecah hampir RM1 bilion.


"Kita turut memberi kelonggaran sama pada tahun lepas dan berusaha dalam skala kecil. Namun, bagi tahun ini, kita akan melipatgandakan usaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan itu," katanya.

LHDN baru-baru ini mengumumkan pengurangan penalti terhadap pembayar cukai yang membuat pengakuan secara sukarela bagi tempoh antara 1 Mac hingga 15 Disember, 2016.


Pengurangan itu bagi pembayar cukai yang masih belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) atau Borang Nyata Petroleum (BNP) bagi tahun ke belakang serta mereka yang mahu melaporkan maklumat tepat dalam borang yang dihantar sebelum ini.

Ia susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari lepas mengenai kelonggaran penalti ke atas pembayar cukai bagi menggalakkan mereka tampil secara sukarela melaporkan pendapatan bagi tahun-tahun sebelum ini.


Selain itu, Mohd Shukor berkata pihaknya akan turut membantu pembayar cukai yang terjejas akibat cabaran ekonomi semasa.

Namun, tegasnya, mereka masih perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan LHDN.


Mengulas laporan bahawa kelompok pengelak cukai yang tinggi merangkumi  profesional seperti peguam, doktor dan artis, beliau berkata mereka sememangnya menjadi sasaran agensi itu pada tahun ini.

"Setiap profesional adalah dalam pemantauan kita. Mereka ini dikenali ramai dan sebagai golongan profesional, mereka perlu berperanan sebagai pembayar cukai yang baik," katanya. - MS




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang putera Saudi.

Ini adalah mengikut Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam (LHDDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar ketika ditanya sama ada sumbangan politik boleh dicukai merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.


Katanya, jika pendapatan tidak tertakluk kepada pendapatan, maka pihaknya tidak boleh mengenakan cukai dan derma politik tidak tertakluk kepada cukai.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib perlu membayar cukai bagi jumlah wang yang besar yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya. - MK



ARTIKEL BERKAITAN : Pendapatan dari Singapura tak kena cukai, kata LHDN
Sumbangan, derma politik tak tertakluk cukai, kata LHDN Sumbangan, derma politik tak tertakluk cukai, kata LHDN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...