Sultan Johor titah MB baharu kena tukar barisan Exco


Padan muka, semua kena tukar...

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menitahkan agar perubahan struktur dilakukan ke atas Majlis Mesyuarat Negeri sebagai salah satu syarat kepada Menteri Besar yang baharu, kata Datuk Osman Sapian.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Pakatan Harapan (PH) Johor di sini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu berkata, syarat itu disampaikan Tuanku sewaktu beliau mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi, pagi Sabtu.



“Mungkin dalam soal ini juga ada perubahan besar dalam pembentukan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor sebagaimana titah Tuanku tadi,” katanya.

Mengenai status beliau sebagai Menteri Besar ketika ini, Osman berkata, beliau telah menyampaikan surat itu secara rasmi kepada Tuanku, namun ianya langsung tidak dibuka.



“Saya telah serahkan surat peletakan jawatan saya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada selepas berbual panjang...Tuanku ambil (surat itu) tapi tak melihat pun apa isi kandungan dalam surat sebaliknya Baginda titah, surat itu dianggap ‘souvenir’ (cenderahati),” katanya lagi.

Osman berkata, Sultan Johor bertitah bahawa beliau perlu kembali mengadap Baginda pada jam 6.30 petang ini untuk memuktamadkan soal peletakan jawatannya. - AA

Sultan Johor titah MB baharu kena tukar barisan Exco Sultan Johor titah MB baharu kena tukar barisan Exco Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...