Sultan Johor perkenan bubar DUN esok


Bubar jugak akhirnya...



ISKANDAR PUTERI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menerusi entri terbaharu Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pukul 4.15 petang.


Pada pertemuan itu, Mohamed Khaled bersama-sama Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani mempersembahkan watikah pembubaran DUN kepada baginda.

Watikah pembubaran DUN Johor itu akan berkuat kuasa esok. - UO



Diterbitkan pada 06 April 2018 5:31 PM

ARTIKEL BERKAITAN: 

Sultan Johor perkenan bubar DUN esok Sultan Johor perkenan bubar DUN esok Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...