Subsidi petrol bersasar pasti bermasalah berbanding BR1M – Najib



Kerajaan PH akan belanja RM25 juta untuk melaksanakan sistem subsidi minyak, tidak termasuk kos penyelenggaraan tahunan yang belum diumumkan lagi.

Kontrak sudah dianugerahkan kepada satu syarikat swasta.


Ini bermaksud subsidi petrol bersasar akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Sebelum ini diumumkan pada bulan April ini tetapi kerajaan PH telah menangguhkannya sehingga paling lewat pada bulan Julai 2019.


Bermakna subsidi minyak untuk kebanyakan rakyat akan ditarik tidak lama lagi.

Yang dapat hanya keluarga yang guna kereta di bawah 1,500cc atau motosikal 125cc ke bawah.


Itupun dihadkan kepada satu kereta atau satu motor setiap keluarga.

Dan dihadkan lagi 100 liter untuk kereta dan 40 liter untuk motorsikal.setiap bulan.


Subsidi yang diberi ialah 30 sen satu liter.

Ini bersamaan dengan subsidi maksima RM30 untuk kereta dan RM12 untuk motorsikal setiap bulan.


Kos RM25 juta untuk sistem subsidi ini bukan murah.

Dulu kerajaan BN juga pernah kaji jika sistem seperti ini sesuai atau tidak tetapi kita dapati kos dan masalah adalah lebih tinggi berbanding faedah.


Banyak juga masalah yang akan dihadapi.

Ada kemungkinan sistem rosak pada mana-mana hari dan yang memerlukan tak dapat subsidi minyak.


Ada kemungkinan berlakunya ketirisan dan penipuan melalui penjualan kad subsidi.

Rakyat yang tak ada kereta atau motorsikal juga tidak mandapat apa-apa manfaat.


Rakyat yang ada kereta atau motosikal tetapi tidak layak akan membayar harga pasaran penuh untuk RON95.

Oleh itu, rumusan kita pada masa itu ialah lebih baik untuk menaikkan BR1M supaya Rakyat boleh pilih di mana mereka mahu belanjakan duit subsidi ini.

Itu baru adil. - Najib Razak



Subsidi petrol bersasar pasti bermasalah berbanding BR1M – Najib Subsidi petrol bersasar pasti bermasalah berbanding BR1M – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...