Kertas kerja anti-Statut Rome: Jangan cabul kebebasan akademik - Siswa



Sekumpulan aktivis mahasiswa memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mencabul kebebasan akademik.

Ini susulan laporan media daripada Kementerian Pendidikan yang akan berbincang mengenai empat ahli akademik yang dikatakan menyediakan kertas kerja anti-Statut Rome yang dikatakan digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai perjanjian Mahkamah Antarabangsa (ICC) itu.


Aktivis mahasiswa tersebut berkata kerajaan perlu berhujah dan bukan mengambil tindakan terhadap ahli akademik tersebut kerana jika tidak berbuat demikian maka PH akan tiada bezanya dengan pentadbiran BN terdahulu.

"Kami membuat pendedahan kertas kerja tersebut supaya kertas kerja tersebut dapat dibincangkan dan diperdebatkan dalam semua lapisan masyarakat kerana kertas kerja tersebut yang telah diambil bulat bulat oleh Kerabat Diraja sebagai hujahan untuk menolak Statut Rom.


"Kertas kerja pensyarah pensyarah tersebut patut diperdebatkan dan pensyarah-pensyarah tersebut juga patut tampil mempertahankan hujah mereka.

"Kami merasakan perdebatan ini harus berlaku kerana Kerajaan telah cuci tangan dengan alasan bahawa Rom Statut telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak sehingga timbul kekeliruan," kata sekumpulan aktivis mahasiswa dalam suatu kenyataan malam ini.


Mereka juga menggesa empat ahli akademik itu untuk tampil ke hadapan untuk memberikan penjelasan.

Kenyataan aktivis mahasiswa itu dikeluarkan bersama oleh Asheeq Ali Sethi Alivi (gambar, bawah), Ainina Sofia Adnan, Nurhuda Ramli, Suhail Wan Azahar, Ahmad Taqiyuddin Shahriman, Wong Yan Ke, Chong Kar Yan, Nik Azura Nik Nasron dan Siti Nurizzah Mohd Tazali.


Kumpulan aktivis mahasiswa yang sama mendedahkan mengenai kertas kerja itu semalam, berkata hujah di dalam pembentangan itu "sangat berat sebelah" tidak berpihak menyokong Statut Rome dan menunjukkan beberapa kesilapan.

Mereka juga memulakan petisyen dalam talian menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya menarik diri daripada menyertai Statut Rome, menyebutnya demi menuntut keadilan terhadap mangsa penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.


Aktivis mahasiswa berkenaan mengulas laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata kementerian itu belum membincangkan status empat orang ahli akademik terbabit.

"Kita akan bincang tapi di peringkat kementerian belum bincang secara menyeluruh lagi. Bagi kita sedikit masa untuk bincang perkara itu,” katanya.


Empat ahli akademik yang dikatakan di belakang kertas kerja itu ialah Profesor Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rahmat Mohamad, Profesor Uundang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Shamrahayu Abdul Aziz dan pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi.

Malaysiakini telah menghubungi semua ahli akademik tersebut untuk mendapatkan ulasan.


Rahmat menjawab hari ini, berkata beliau sedar mengenai pendedahan aktivis mahasiswa berkenaan.

"Saya menyedari perkara tersebut.

"Saya memohon maaf kerana saya tidak dapat membuat sebarang kenyataan pada masa ini," katanya. - MK

Kertas kerja anti-Statut Rome: Jangan cabul kebebasan akademik - Siswa Kertas kerja anti-Statut Rome: Jangan cabul kebebasan akademik - Siswa Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...