Statut Rome boleh menghapuskan Raja-Raja Melayu – Tun Abdul Hamid



Seperti yang telah diketahui umum, Malaysia telah menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah dimeterai negara.

Ini berikutan dari penolakan majoriti rakyat dan Raja-Raja Melayu kerana dikatakan penyertaan itu tidak mengikut Perlembagaan dan cubaan untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu dari bumi Tanah Melayu.



Walaupun perkara itu dinafikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Jemaah Menteri, rakyat tetap berhak mendapat penjelasan berhubung perkara ini.

Berikut adalah ringkasan dari perkongsian pandangan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad tentang Statut Rome. Fahamkan dan sebarkan kepada seluruh umat Islam.



1. Sovereignty/Kedaulatan: Apabila sesebuah negara menjadi ahli kepada sesuatu konvensyen antarabangsa, tidak dapat mengelak sedikit sebanyak ia akan menyentuh kedaulatan sesebuah negara itu.

Samada ia sedikit atau banyak menyentuh kedaulatan sesebuah negara, ia bergantung kepada jenis perjanjian tersebut.



2. Kedaulatan semua negara: Dalam isu Statut Rome ini, ia bukan sahaja akan menyentuh kedaulatan negara Malaysia sahaja bahkan semua kedaulatan negara yang menandatangani perjanji itu akan mengalami nasib yang serupa.

Semua negara yang menyertai boleh membuat aduan dan semua negara yang menyertai juga boleh disiasat.



3. Kekebalan/imuniti Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu:
  • Menurut kenyataan Menteri Luar Negeri Dato' Saifuddin Abdullah 'penyertaan Malaysia ke Statut Rome tidak menjejaskan kedudukan dan kekebalan baginda'.
  • Alasan yang digunakan adalah ringkasnya tugas-tugas Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri, oleh yang demikian segala tindakan Agong jika terjadinya jenayah perang ianya akan terletak pada bahu Perdana Menteri dan anggota-anggota Kabinet.
  • Hujah ini betul sedikit tetapi banyak kesalahan yang sengaja disembunyikan.
  • Sudah tentu apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri tidak akan menyebabkan Agong bersalah kerana jenayah itu bukan Agong yang lakukan.
  • Jika kesalahan itu dilakukan oleh Agong dan Raja-Raja, mereka semua boleh dihadapkan ke International Criminal Court (Mahkamah Jenayah Antarabangsa - ICC) yang membawa maksud Agong dan Raja-Raja tiada lagi kekebalan.
  • Yang hanya ada kekebalan adalah mereka yang berumur bawah 18 tahun sahaja. Mereka yang berumur lebih 18 tahun akan terletak di bawah bidang kuasa ICC.
  • Samada mereka lakukan atau tidak itu soal lain, samada kita mahu mereka dibicarakan itu soal lain.
  • Persoalan samada kekebalan mereka terjejas jika kita terima Statut Rome? Jawapannya, YA.


4. Perlukah Perlembagaan dipinda?
  • Menteri Luar Negeri Dato' Saifuddin Abdullah sekali lagi mengeluarkan kenyataan tambahan bahawa dengan menjadi negara pihak ICC, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda.
  • Kenyataan ini tidak betul. Perlembagaan perlu dipinda kerana pertama ia menyentuh kedudukan Raja-Raja.
  • Jika Raja-Raja boleh didakwa di ICC ertinya kedudukan mereka terjejas. Jika kedudukan terjejas maka Perlembagaan perlu dipinda.
  • Kedua, mengikut Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan, jika Raja-Raja melakukan kesalahan mereka hanya boleh dibicarakan atau dihukum di Mahkamah Khas.
  • Jadi jika kita mahu membolehkan perbicaraan terhadap Raja-Raja di ICC, kita terpaksa meminda Perlembagaan tersebut untuk memberi kuasa kepada ICC untuk membicarakan mereka.
  • Jika tidak dipinda, ICC tidak ada kuasa.
  • Jadi kenyataan Saifuddin Abdullah yang dipercayai dinasihatkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas berkenaan hal ini adalah tidak betul.


5. Perlukah penyertaan Statut Rome ini mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja?
  • Sekali lagi Menteri Luar Negeri Dato' Saifuddin Abdullah yang saya percaya mendapat nasihat dari Peguam Negara Tommy Thomas telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja untuk menyertai Statut Rome kerana ia tidak menyentuh kedudukan Raja-Raja.
  • Kita telah menyentuh bab ini tadi bahawa Statut Rome ini menyentuh kedudukan Raja-Raja.
  • Oleh kerana Statut Rome menyentuh kedudukan Raja-Raja, mengikut Perkara 159(4) (Pembetulan: Perkara 159(5)) tidaklah boleh diluluskan satu Perlembagaan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
  • Diringkaskan, sekiranya untuk memberi kuasa kepada ICC ke atas Agong dan Raja-Raja, satu Perlembagaan mesti dipinda. Oleh kerana Perlembagaan yang akan dipinda itu menyentuh kedudukan Raja-Raja, maka persetujuan Majlis Raja-Raja perlulah diperolehi terlebih dahulu.


6. Patutkan kita terima Statut Rome?
  • Dalam hal ini pihak kerajaanlah yang sepatutnya memutuskan.
  • Kita percaya kerajaan mempunyai maklumat yang sepatutnya jika mereka mahu menyertainya berbanding kita semua.
  • Pada saya apa-apa keputusan mereka adalah berdasarkan politik semata-mata.
  • Apa pun mereka perlu mempertimbangkan perkara yang saya telah sebutkan tadi.
  • Sekiranya mereka ingin menyertainya juga, sila maklumkan kepada seluruh rakyat bahawa kesannya adalah seperti yang telah disebutkan tadi. Jangan pula kata tidak ada kesan.
  • Amerika Syarikat menentang sekeras-kerasnya ICC, malah mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan diberikan atau menarik semula visa penyiasat-penyiasat ICC yang ingin masuk ke Amerika. 
  • Bahkan Amerika telah mengugut akan mengenakan sekatan ekonomi kepada mana-mana negara yang membangkitkan hal itu.
  • Amerika juga menegaskan jangan menyentuh Amerika dan jangan menyentuh Israel yang turut tidak menyertai Statut Rome.
  • Sekiranya Malaysia menyertai dan menjadi ahli Statut Rome sekalipun, kita tetap tidak tidak boleh mendakwa dan membicarakan Israel di ICC kerana mereka bukan ahli, Israel tidak menyertai Statut Rome, sebagaimana yang telah disebutkan pada awal tadi, hanya yang menyertai Statut Rome sahaja boleh membuat aduan dan hanya negara yang menyertai Statut Rome sahaja yang boleh dibicarakan.
  • Bagaimanapun ada satu cara lain yang boleh digunakan iaitu meminta Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengusulkan ICC untuk membuat siasatan terhadap sesuatu negeri. Itupun sekiranya Majlis Keselamatan bersetuju.
  • Yang pasti Amerika Syarikat pasti akan menggunakan kuasa Vetonya sekiranya sesiapa yang membangkitkan perkara itu.
  • Akhirnya, setakat ini hanya satu negara sahaja yang telah disiasat oleh ICC melalui Majlis Keselamatan iaitu negara Islam Sudan Utara yang dikatakan melakukan kekerasan terhadap pemberontak-pemberontak Sudan Selatan yang terdiri dari orang Kristian yang ingin memisahkan Sudan Selatan dari Sudan Utara.
  • Negara Sudan yang dikuasai oleh orang Islam itulah akhirnya dijadikan mangsa untuk disiasat. Itulah keadilan PBB. Tuan-tuan fikirlah sendiri.
  • Baik, berbalik kepada Amerika tadi. Sekiranya Amerika pun menolak mengapa pula kita terhegeh-hegeh untuk menyertainya? Ini soalan saya yang perlu kita fikir.
  • Apatah lagi jiran-jiran kita juga tidak menyertai Statu Rome. Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand semua tidak menerimanya. Apa sebab kita nak terima sangat?
  • Kita nak terima mungkin sebab kita boleh hadapkan Singapura ke ICC tetapi Singapura bukan ahli Statut Rome, bagaimana untuk bicarakan? Jadi apa sebab yang sebenar-benarnya yang kita nak sangat menyertainya? Itu soalan-soalan yang perlu kita fikir.


Ringkasnya, kekebalan Raja-Raja Melayu akan terhapus setelah menyertai Statut Rome. Apabila kekebalan Raja-Raja sudah dihapuskan, 'perkara' selepas itu akan menjadi sungguh mudah.

Adakah dengan menyertai Statut Rome merupakan satu cara untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku di Singapura? - AbuLeman



Video oleh Romy Irwan Shah
[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



Maka adakah menjadi kesalahan kepada Raja-Raja mempertahankan hak-hak mereka seperti yang termaktub di  dalam Perlembagaan Persekutuan?

Statut Rome boleh menghapuskan Raja-Raja Melayu – Tun Abdul Hamid Statut Rome boleh menghapuskan Raja-Raja Melayu – Tun Abdul Hamid Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...