'Saya tangguh? Lihat kes Guan Eng dulu' – Najib belasah DAP



Guan Eng didakwa rasuah di Mahkamah pada 30 Jun, 2016.

Selepas 6 kali ditangguh oleh mereka, hari pertama perbicaraan bermula pada 26 Mac 2018, iaitu 21 bulan sejak hari didakwa



Itupun untuk 4 hari sahaja sebelum kes ditangguh lagi pada 9 April 2018 di atas permintaan Guan Eng dengan alasan dia perlu kempen untuk PRU14.

Selepas PRU14, kes digugur oleh peguam negara baru.

DAP ada hati lagi nak tuduh saya tangguh kes? - Najib Razak






Didakwa sengaja mencari alasan untuk melengah-lengahkan perbicaraannya, Najib Razak hari ini meminta anggota parlimen DAP terbabit melihat apa yang dilakukan salah seorang pemimpin mereka.

Kata bekas perdana menteri itu salah satu contoh yang boleh diambil ialah bagaimana kes pembelian banglo di bawah harga pasaran membabitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Menurut Najib kes itu - yang turut menyaksikan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon, didakwa bersama Lim di mahkamah - bermula pada Jun 2016.

Katanya sehingga kes berkenaan ditarik balik pada Sept 2018, enam penangguhan dibuat melibatkan pelbagai sebab.


"Sementara itu saya membiarkan YB Wong Kah Woh bersama kronologi itu (merujuk kepada penangguhan kes Lim) dan menunggu komen balasnya.

"Saya yakin beliau tahu bagaimana untuk menghitung bulan dan tahun," katanya yang kemudian menyenaraikan tarikh dan alasan penangguhan perbicaraan Lim serta Phang.



Pada awal April lalu Wong mendakwa Najib yang awalnya kelihatan berani berdepan kes rasuah dan salah guna kuasa kemudian membuat pusingan U apabila berulang kali cuba mengelak daripada dibicarakan.

Wong yang juga anggota parlimen Ipoh Timur menambah dalam tempoh kurang dari 24 jam Najib mendedahkan wajahnya yang sebenar apabila peguamnya Harvinderjit Singh memberitahu mahkamah anggota parlimen Pekan itu memohon untuk membuat semakan kehakiman keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan kes itu ditangguhkan.



"Pusingan U besar oleh Najib itu pastinya tidak sejajar dengan apa yang diharapkan daripada seseorang yang menggelarkan dirinya 'bossku' akhir-akhir ini.

"Sekarang adalah masa rakyat bertanya Najib: Apa yang kamu takutkan?" kata Wong.


Untuk rekod Najib mula dibicarakan atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa - membabitkan dana RM42 juta - di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. - MK

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada cubaan lengahkan perbicaraan, kata peguam Najib

'Saya tangguh? Lihat kes Guan Eng dulu' – Najib belasah DAP 'Saya tangguh? Lihat kes Guan Eng dulu' – Najib belasah DAP Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...