Saya tak pasti siapa yang pekak, Maza jawab Mahathir


2 x 5



KUALA LUMPUR 30 April - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini membalas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menuduh beliau sebagai 'pekak' kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak mempertahankan Islam.

Mohd. Asri berkata, beliau tidak pasti siapa yang pekak kerana apa yang beliau katakan adalah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.


"Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: "Mufti Perlis pekak" sebab kritikan saya yang suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

"Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak," tulis Mohd. Asri dalam Facebook beliau.


Semalam, Dr, Mahathir menyifatkan Mohd Asri  sebagai ‘pekak’ kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempertahankan Islam.

Perdana Menteri berkata, jika Mohd Asri boleh mendengar, sudah tentu beliau tahu pelbagai usaha dilakukan kerajaan PH dalam menjaga Islam di negara ini.


Kenyataan Dr. Mahathir itu susulan Mohd Asri sebelum ini mendakwa suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.

Mohd Asri berkata, pelbagai kenyataan dibuat oleh individu dalam kerajaan yang dianggap menghina orang Islam.


Pihak yang menimbulkan ketegangan itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan, manakala individu yang berkongsi pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam ditangkap.

"Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.


"Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis cacatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: "Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya," tulis Mohd Asri sambil berkongsi catatan yang ditulis Dr. Mahathir tersebut.

Tegas Mufti Perlis itu, beliau akan terus berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Dr. Mahathir sendiri. - UO




Berikut adalah catatan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: "Mufti Perlis pekak" sebab kritikan saya yang suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.


Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak.

Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.


Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis catatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: "Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya".

In sha Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri" - DrMaza






ARTIKEL BERKAITAN:

Saya tak pasti siapa yang pekak, Maza jawab Mahathir Saya tak pasti siapa yang pekak, Maza jawab Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...