Saya tak faham kenapa Armada lapor polis – Aziz Bari



IPOH 19 April - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak faham mengapa laporan polis dibuat berhubung penyebaran satu rakaman audio yang dikatakan umum mirip suaranya yang mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Abdul Aziz berkata, membuat laporan polis itu bagaimanapun merupakan hak pengadu justeru terpulang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.


“Apa kesalahan yang dilakukan kita tunggu sahaja. Bagi saya, tiada apa-apa, saya pun tak tahu apa yang dia nak laporkan kepada siapa, siapa yang dia tuju, siapa yang dia nak ambil tindakan dan sebagainya.

“Kita pun sibuk dengan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), jadi tiada masa hendak ambil tahu benda-benda seperti ini. Saya fikir saya tiada masa hendak komen sangat kerana saya tidak merasakan ini penting,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengenai isu tersebut sewaktu ditemui meninjau perkembangan pelajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Armada Bersatu Perak, Azrul Hakimi berkata, laporan polis itu dibuat bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat penyebaran rakaman audio berkenaan yang tular dalam laman sosial kerana pihaknya merasakan perbuatan individu terlibat adalah serius dan melampau sehingga mengancam kestabilan kerajaan negeri. - UO



ARTIKEL BERKAITAN:



Aziz Bari tak nafi rakaman itu suaranya



Rakaman Audio Aziz bari kutuk Peja, Mahathir
[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Saya tak faham kenapa Armada lapor polis – Aziz Bari Saya tak faham kenapa Armada lapor polis – Aziz Bari Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 19, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...