Samsung Galaxy Fold harga RM8,189.48 rosak selepas diuji



SEJUMLAH unit telefon pintar terbaharu, Samsung Galaxy Fold yang memperkenalkan  paparan LED boleh dibuka-lipat, dilaporkan sudah mengalami kerosakan selepas beberapa hari sahaja diuji.

Wartawan-wartawan yang menerima telefon itu untuk memberi ulasan mereka sebelum pelancaran  mengatakan skrin Galaxy Fold itu mula berkedip dan berubah gelap sebelum padam secara tiba-tiba.



Beberapa wartawan mengatakan mereka menanggalkan lapisan pelindung daripada skrin yang mereka fikir sepatutnya ditanggalkan, tetapi sepatutnya kekal di skrin.

Seorang wartawan Bloomberg, Mark Gurman mendakwa, Galaxy lipat diujinya mula beroperasi secara tidak normal selepas dia menanggalkan pelindung itu dan akhirnya tidak dapat digunakan.



"Skrin pada unit Galaxy saya benar-benar rosak dan tidak boleh digunakan dalam masa dua hari," kata Gurman dalam tweet di laman media sosialnya.

Menurut satu foto yang disiarkan oleh Pengurus Produk Kanan T-Mobile, Desmond Smith, amaran pada bungkusan Galaxy Fold mengarahkan pengguna untuk tidak membuang lapisan pelindung.



'Skrin utama termasuk lapisan pelindung khas,' kata amaran itu. 'Menanggal lapisan pelindung atau menggunakan sebarang pelekat pada skrin utama, seperti pelindung skrin atau pelekat, boleh menyebabkan kerosakan.'

Tetapi, Editor Eksekutif laman berita teknologi The Verge, Dieter Bohn berkata dia kekalkan pelindung itu dan skrinnya tetap rosak.



Bohn menambah bahawa peranti itu seolah-olah mempunyai engsel yang cacat, menyebabkan skrin mengalami gangguan serta permukaan skrin yang tidak rata.

Isu-isu tersebut menimbulkan persoalan sama ada Galaxy Fold boleh menahan penggunaan biasa atau tidak.



Sebelum melepaskan peranti berkenaan, Samsung dilaporkan menguji mekanisme lipatan telefon berkenaan lebih daripada 200,000 kali, mendakwa ia melepasi piawai untuk ketahanan.

Telefon lipat yang dinanti-nantikan itu dijangka akan dijual pada 26 April di Amerika Syarikat untuk $1,980 (RM8,189.48), menjadikannya salah sebuah telefon paling mahal di dunia.



Samsung tidak memberi komen dengan segera.

Firma itu sebelum ini membuat penarikan semula secara besaran Galaxy Note 7 selepas bateri peranti tersebut menjadi terlalu panas dan meletup. - AA



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]













Samsung Galaxy Fold harga RM8,189.48 rosak selepas diuji Samsung Galaxy Fold harga RM8,189.48 rosak selepas diuji Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 18, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...