Saiful Nang hina, hasut jatuhkan Raja-Raja Melayu



Netizen menggesa pihak polis untuk menangkap dan siasat Saiful Nang dengan postingnya yang menghina sekaligus menghasut agar rakyat keluar menentang dan menjatuhkan Raja-Raja Melayu.

Berikut adalah posting yang dibuat di akaun facebook milik Saiful Nang.



Risau melihat gelagat ikon-ikon institusi beraja di Tanah Melayu ini.

Akhlak mereka diperhatikan rakyat yang pada ketika ini sangat tersandar harapan kepada raja-raja.


Sandaran yang seperti berpaut pada dahan rapuh penuh kerengga semasa dalam aliran air deras. Dilepas lemaslah terhanyut. Dipaut menyakitkan. Ditepis kerengga, patah pula dahan. 

Barangkali, anak-anak raja dan raja hari ini terlupa diasuh dengan akhlak menjadi hamba kerana terlalu dididik untuk menjadi raja.


Jika berani bercakap seperti jaguh,
Biar kerja siap sepenuh-penuh
Bukan tinggal separuh-paruh
Macam FAM ditinggal lumpuh
Sebelum masuk, dialah terangkuh


Keluarga diRaja perlu berubah
Supaya rakyat terus menyembah
Jadi payung tak pernah rebah
Bukan sekadar wayang opera
Senyap-senyap kahwin Russia
Adik pula tawan Scandinavia


Daulat raja purba bukannya magis tetapi penzahiran kasih sayang rakyat kepada raja yang memayungi dan memakmurkan negeri dengan kebijaksanaan dan caknanya.

Sehingga penderhakaan tak sempat ketulah kerana rakyat yang cintakan raja yang bertindak mengajar penderhaka. Namun jika sebaliknya, lihatlah sejarah bagaimana raja sampai diheret ke pasung pancung oleh rakyat yang marah. Mengapa?


Berlawan biar adil,
Gelanggang sama rata,
Bicara hendak bijak,
Dibalas jangan teriak
Raja Adil Raja disembah
Raja zalim raja disanggah




Saiful Nang hina, hasut jatuhkan Raja-Raja Melayu Saiful Nang hina, hasut jatuhkan Raja-Raja Melayu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...