Rakan selfie esok, Guan Eng bila pula akan didakwa? – Najib



Pihak yang menerima RM19 juta untuk cubaan menutup siasatan projek mega terowong akan didakwa esok. (Pihak ini adalah kawan selfie Menteri Kewayangan kita sehingga selfie pun tak payah pakai kasut)

Pihak yang sogok RM22 juta (termasuk RM19 juta di atas) dan memberi wang itu, bagaimana pula?


Jika cubaan berpuluh juta Ringgit untuk menutup siastan rasuah telah disahkan, maka confirm atau tidak bahawa projek ini ada unsur rasuah atau tidak?

Bagaimana pula dengan kertas siasatan SPRM terbongkar yang telah disahkan sebagai sahih oleh Menteri semalam?


Kertas siasatan ini membutirkan rasuah-rasuah besar beberapa pemimpin kanan DAP dalam projek ini.

Apa tindakan pihak SPRM dan AGC terhadap mereka? - Najib Razak




KUALA LUMPUR 2 April - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan didakwa di mahkamah pada esok kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Sumber berkata, pada Februari 2018, lelaki berusia 38 tahun itu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang berkenaan daripada syarikat pembinaan utama projek terbabit selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.


“Pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos 2017.

“Pembayaran pertama berjumlah RM2 juta dibuat pada Julai 2017 manakala bayaran kedua sebanyak RM15 juta pula dibuat pada bulan sama,” jelasnya.


Menurutnya, baki sebanyak RM2 juta pula dibayar pada Ogos 2017 dan kesemua pembayaran tersebut dilakukan di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.


Tambahnya, suspek akan berdepan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi esok. - UO




Rakan selfie esok, Guan Eng bila pula akan didakwa? – Najib Rakan selfie esok, Guan Eng bila pula akan didakwa? – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...