Rafizi bidas TH pulangan lebih rendah



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membidas Lembaga Tabung Haji berhubung prestasi yang lesu yang hanya membawa pulangan 3.83 peratus tahun lalu.

Jumlah itu, kata Rafizi, hanya sedikit lebih baik berbanding kadar deposit tetap oleh bank.


“Maksudnya, sesiapa sahaja boleh memberikan kadar pulangan sekitar 3.83 peratus tanpa membelanjakan ratusan juta wang penabung dengan menyimpan semua RM64.74 bilion itu di dalam simpanan tetap di bank,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rafizi, prestasi tahun kewangan 2016 adalah yang terburuk sejak 2012 dengan menyaksikan kadar peratus untung bersih hasil dari pelaburan Tabung Haji menggunakan wang pendeposit merudum sebanyak 36 peratus dari 5.96 peratus pada 2015 kepada 3.83 peratus pada 2016.


Walaupun prestasi yang lebih rendah, Tabung Haji mengumumkan bonus tahunan sebanyak 4.25 peratus bagi 2016. Bonus tambahan sebanyak 1.5 peratus juga diberikan kepada mereka yang belum menunaikan haji.

Bonus tahunan bagi 2015 adalah lima peratus dan tambahan tiga peratus bagi mereka yang belum menunaikan haji.


Rafizi berkata bonus tambahan lebih rendah bagi mereka yang belum menunaikan haji bermakna ia akan mengambil masa yang lama untuk pendeposit untuk mencapai sasaran kewangan mereka untuk menunaikan ibadah haji.

Tabung Haji mencapai keuntungan bersih sebanyak RM2.48 bilion pada 2016, turun 29.8 peratus daripada RM3.54 bilion pada tahun sebelumnya. - MK



Diterbitkan 6 Feb 2017, 6:40 petang


Sebenarnya hibah rendah atau tinggi bukan masalah. Masalahnya dulu bila Tabung Haji umum 4.5% kamu melalak merata.

Sekarang Allah balas sekelip mata. - Ab Jalil Backer



Rafizi bidas TH pulangan lebih rendah Rafizi bidas TH pulangan lebih rendah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...