Puting beliung gergasi serang P.Pinang



KUALA LUMPUR 1 April – Penduduk di kawasan Tanjung Bungah, Pulau Pinang cemas apabila satu puting beliuang berlaku selama 20 minit di perairan kawasan tersebut.

Seorang saksi, Muhammad Alwafi Mustaffa Albakri berkata, fenomena tersebut telah menyebabkan beberapa bumbung di kawasan perumahan sekitar Tanjung Bungah tercabut dan beberapa penduduk lari berselindung di tempat yang selamat.



“Kejadian berlaku pada pukul 2.15 petang semasa hujan lebat dan ribut kencang di sini. Saya ketika itu berada di tingkat 10 bangunan Springtide Residence atas urusan kerja.

“Saya terkejut apabila memandang di luar tingkap kerana melihat belalai air secara perlahan-lahan menghala ke arah bangunan ini. Mujurlah selepas 20 minit belalai air itu hilang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.



Muhammad Alwafi turut berkongsi rakaman video kejadian fenomena belalai air tersebut dengan Utusan Online.

Penduduk di sekitar kawasan kejadian juga dilihat memuat naik rakaman video masing-masing ke media sosial. - UO/AbuLeman

Video lanjut menyusul...












[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]































Puting beliung gergasi serang P.Pinang Puting beliung gergasi serang P.Pinang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...