PR1MA: 7 bulan KERAjaan PH tak hirau, nasib baik ada PRK Rantau – Najib



Nasib baik Rantau ada PRK!

Pembinaan PR1MA di rumah yang melibatkan 600 unit bagi fasa pertama telah berhenti kerja pada September 2018 sehingga sekarang.


Projek itu sudah 50% siap pada masa itu tetapi terpaksa dihentikan kerana kontraktor tidak menerima sebarang bayaran dari PR1MA di bawah kerajaan PH.

Sebelum ini, Menteri Zuraida Kamaruddin kata ini projek ini henti kerana mengalami masalah kewangan dan kerajaan PH akan melantik kontraktor baru yang dia sifatkan sebagai kontrak penyelamat.


Ini menimbulkan persepsi bahawa kerajaan BN telah salah lantik kontraktor yang tidak ada kebolehan.

Tetapi faktanya ialah kontraktor asal sudah tentu akan menghadapi masalah kewangan jika kerajaan PH tidak tunaikan perjanjian untuk membayar.


Pagi semalam, Zuaraida jamin projek PR1MA Rantau ini akan diteruskan kerana kontraktor baru telah di lantik.

Petang semalam pula, Zuraida buat U-Turn dan terpaksa perbetulkan kenyataan dia dengan berkata kotnraktor asal akan dikekalkan. Rujuk di sini.


Sekaligus, ini membuktikan bahawa punca utama untuk kelewatan projek ini adalah kerajaan PH dan bukan kontraktor.

Projek sudah dihentikan selama 7 bulan dari September hingga sekarang kerana kerajaan PH tak bayar kontraktor.


Dalam masa 7 bulan itu, kerajaan PH tak pernah hirau.

Nasib baik ada PRK di Rantau.


Kalau tidak ada PRK, sudah tentu masalah untuk 600 lebih rumahtangga ini akan berterusan.

Tetapi, apakah nasib projek-projek dan kontraktor-kontraktor lain di Malaysia yang juga menghadapi masalah bayaran dari kerajaan PH? - Najib Razak

PR1MA: 7 bulan KERAjaan PH tak hirau, nasib baik ada PRK Rantau – Najib PR1MA: 7 bulan KERAjaan PH tak hirau, nasib baik ada PRK Rantau – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...