PM tolak cadangan peruntukan sama kepada pembangkang



KUALA LUMPUR 4 April - Tiada keperluan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi peruntukan yang sama kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hal ini kerana perkara sama berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).


Tegas Perdana Menteri, kepemimpinan lalu turut cuba memadamkan sejarahnya pada negara.

“Lihat balik amalan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN terdahulu.


“Malah, kalau boleh mereka cuba memadamkan saya daripada sejarah negara,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa kerajaan supaya memberi peruntukan sama kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang.


“Pertama, bukan saja soal janji dalam manifesto tetapi bawah Perlembagaan Persekutuan juga, mesti bersifat adil.

“Jadi saya rasa, pohon kepada kerajaan, timbang peruntukan yang adil kepada semua Ahli Parlimen,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2018. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

PM tolak cadangan peruntukan sama kepada pembangkang PM tolak cadangan peruntukan sama kepada pembangkang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...