PH tuduh Majlis Raja-Raja hasut rakyat


Ini adalah tuduhan yang berat...

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa meminta meminta kerajaan supaya berterus terang dan memberi gambaran jelas tentang apa dilakukan oleh Majlis Raja-Raja dalam isu Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Adalah sangat tidak adil gambaran sebenar tidak diterangkan oleh kerajaan kerana Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh keluarkan kenyataan politik, tak boleh buat sidang akhbar.


“Apa yang saya tahu Majlis Raja-Raja tidak buat seperti yang digambarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan, maknanya bukan Majlis Raja-Raja yang hasut rakyat dalam isu ini tetapi mereka yang hasut,” katanya yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia.

Annuar berkata demikian selepas ceramah Barisan Nasional di Taman Kelab Tuanku di Rantau, Rembau, malam semalam.


Jumaat lalu, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom adalah berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.

Sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan statut itu membahayakan negara, beliau, berkata kerajaan sedar bahawa ia adalah langkah politik untuk mendapatkan sokongan daripada Raja-Raja.


Dr Mahathir yang jelas kelihatan kurang senang, berkata beliau tahu ada percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Harapan dan diri beliau sendiri selaku perdana menteri, menggunakan isu Statut Rom dengan mendakwa kerajaan telah menyerahkan semua kuasa kepada pihak asing.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga ahli parlimen Ketereh meminta polis menyiasat dua menteri kabinet yang mendakwa keputusan kerajaan menarik diri dari Statut Rom kerana bimbang berlaku rampasan kuasa di negara ini.


“Ada menteri-menteri yang mempolitikkan perkara itu. Sebab itu saya cadangkan menteri berkenaan mesti disiasat kerana ia satu tuduhan. Menteri tak boleh cakap sesuka hati.

“Istilah akan ada rampasan kuasa yang didakwa sendiri oleh anggota pentadbiran kerajaan adalah perkara besar. Bermakna kerajaan ada maklumat bahawa ada pihak nak rampas kuasa.


“Kita tidak mahu berlaku kudeta dalam negara. Jatuh bangun kerajaan dalam negara kita selama ini melalui proses demokrasi. Oleh kerana dua menteri menyebut perkara yang sama, kita kena pandang serius.

“Kita harap pihak polis tidak memihak dan tak memandang kecil perkara itu. Orang berkenaan mesti beri kenyataan dan bukti bahawa ada perancangan rampasan kuasa oleh sesiapa sahaja seperti didakwa,” katanya lagi yang dipetik akhbar berkaitan Umno itu. - MK



ARTIKEL BERKAITAN : Statut Rome boleh menghapuskan Raja-Raja Melayu – Tun Abdul Hamid
PH tuduh Majlis Raja-Raja hasut rakyat PH tuduh Majlis Raja-Raja hasut rakyat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...