PH tak akan jadi kerajaan sepenggal – Teresa Kok


Jangan sombong sangat. Rakyat sedang marah. Tunggulah balasan.

Dengan pelbagai kritikan ditujukan kepada kerajaan PH yang sudah memerintah selama 11 bulan namun gagal memenuhi janji manifesto, selain beberapa keputusan 'pusingan-U', serta kekalahan dalam tiga siri pilihan raya kecil (PRK), terdapat pandangan yang melihat gabungan itu hanya akan berkuasa selama sepenggal.


Dalam wawancara bersama Malaysiakini dan Kini TV, Menteri Industri Utama Teresa Kok maklum dengan ketidakpuasan hati rakyat terhadap PH namun percaya gabungan itu mampu meyakinkan rakyat selepas menunjukkan perbezaan dalam pentadbiran.

Jelas Teresa, sesetengah penyokong PH tidak senang kerana mereka menjangkakan perubahan dalam waktu yang singkat.


"Jika rakyat salahkan (kerajaan) kerana ekonomi tidak baik, kita tidak boleh lupa bahawa ekonomi dunia sedang dalam situasi buruk susulan perang dagangan AS-China yang menyebabkan negara lain turut terjejas," katanya.

Timbalan setiausaha agung DAP itu juga berkata, sesetengah penyokong lain tidak senang dengan PH berhubung pinjaman pendidikan dan cukai.


"Saya bagaimanapun tak percaya kita akan menjadi kerajaan sepenggal," katanya, dengan memetik pengalaman Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor pada 2008 dan terus mempertahankannya dalam pilihan raya umum selepas itu.

Kata ahli parlimen Seputeh itu, kerajaan negeri berkenaan turut berdepan masalah sama yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat Pakatan Rakyat tidak dapat bertahan untuk memerintah negeri.


"Di Selangor, kita berdepan banyak masalah dan demonstrasi diadakan hampir setiap bulan. Tapi kita tetap dapat bertahan tiga penggal," katanya. - MK

ARTIKEL BERKAITAN : 'Mereka akan jadi kerajaan satu penggal' – Mufti Perlis

PH tak akan jadi kerajaan sepenggal – Teresa Kok PH tak akan jadi kerajaan sepenggal – Teresa Kok Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...