PH kantoi senyap-senyap sapu cukai gas asli – Najib Razak



Pada bulan Disember 2018, kerajaan telah menaikkan harga gas asli yang dijual di Malaysia kepada RM32.92 setiap juta unit termal British (mmBtu).

Pada masa itu, harga pasaran gas asli dunia adalah US$11.81 (RM48.22) setiap mmBtu.


Bagaimanapun, harga pasaran gas asli dunia ini telah menjunam teruk kepada AS$4.65 (RM18.80) bagi setiap mmBtu sejak tiga bulan yang lalu.

Ini bermakna harga gas asli yang ditetapkan oleh kerajaan dan dijual di Malaysia sekarang adalah hampir sekali ganda dari harga pasaran.


Ini juga bermakna kerajaan PH telah dan sedang Senyap Senyap Tibai (SST) lagi cukai tersembunyi gas asli sejak beberapa bulan yang lalu seperti mereka pernah tibai cukai 30 sen satu liter untuk petrol pada bulan Disember lalu.

Setelah kantoi apabila saya dan beberapa lagi pemimpin BN menyoal, baru kerajaan PH terpaksa menurunkan harga petrol pada bulan Januari.


Hari ini, ada wartawan tanya kerajaan bila mereka mahu turunkan harga gas asli memandangkan negara Singapura telahpun menurunkan harga mereka sejak bulan lepas.

Kerajaan jawab: "Jika harga gas Singapura adalah lebih murah, maka belilah di Singapura. Apa lagi yang kamu mahukan?"


Maka peniaga-peniaga kecil bolehlah mula melawat ke Singapura untuk membeli tong gas keperluan mereka. - Najib Razak

Rujuk The Edge Markets.

PH kantoi senyap-senyap sapu cukai gas asli – Najib Razak PH kantoi senyap-senyap sapu cukai gas asli – Najib Razak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...