PH lapor polis, Felda rugi disebabkan Najib



9 Apr Pagi tadi, FELDA di bawah kerajaan PH telah membuat laporan polis terhadap saya.

PH menuduh saya telah menipu FELDA untuk membeli kepentingan dalam syarikat Eagle High Plantations sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.



Saya dah jangka PH akan menggunakan isu ini untuk menyerang saya.

Pada awal Februari, saya mahu kerajaan PH untuk mendedahkan "Put Option" untuk perjanjian pembelian ini tetapi mereka tetap bisu.



Pembelian itu dilengkapi dengan ‘put option’ yang membolehkan kita menjual semula kepentingan 37% ekuiti itu pada harga beli asal bersama dengan caj faedah tahunan 6% ditanggung oleh penjual Indonesia itu.

Dalam ertikata lain, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.



Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%.

Ini bermakna, Jika syarikat itu berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak.



Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.

Maka, wang rakyat TETAP TERPELIHARA dan kita tidak akan rugi - sekaligus membuktikan tomahan PH bahawa FELDA akan rugi dengan membeli Eagle High ialah satu lagi fitnah.



Sudah-sudah dengan menipu rakyat dengan memainkan propaganda untuk menyerang saya.

Dedahkan sahaja perjanjian pembelian itu.

Dan mengaku sahaja bahawa sebab utama FELDA mengalami kerugian besar sekarang ialah kerana harga sawit jatuh sehingga di bawah kos pengeluaran selepas PRU14. - Najib Razak





7 Feb - Semalam, satu laporan media menyatakan kerajaan PH telah membatalkan pembelian saham 37% dalam syarikat sawit Indonesia Eagle High Plantations.

Syarikat ini mempunyai ladang ditanam dengan keluasan empat kali ganda saiz negara Singapura.



Pada tahun 2017, kerajaan BN telah dituduh terlebih bayar apabila FELDA membeli kepentingan 37% kepentingan dalam syarikat ini dengan harga AS$505.4 juta (RM2 bilion) sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Masa itu, pembelian blok 37% adalah pada harga lebih tinggi berbanding harga saham disenaraikan di pasaran saham Indonesia.



Mereka yang faham proses Mergers and Acquisition (M&A) tahu bahawa jika satu pihak ingin membeli blok saham besar dalam sesuatu syarikat yang disenarai, biasanya kita perlu tawar harga lebih tinggi berbanding harga saham semasa.

Ini di panggil ‘premium’.



Capaian ini menunjukkan satu contoh ‘premium’ yang dibayar di mana pembeli menawarkan harga yang 56.1% lebih tinggi berbanding harga saham semasa. Rujuk di sini.

Oleh kerana ramai tidak faham, PH ambil kesempatan untuk tuduh kerajaan BN terlebih bayar.



Saya juga dituduh menggunakan wang rakyat untuk membantu pemilik Eagle High yang didakwa sebagai kawan saya.

Di dalam laporan media semalam, satu terma penting di perjanjian pembelian ini akhirnya terkeluar.



Pembelian itu dilengkapi dengan ‘put option’ yang membolehkan kita menjual semula kepentingan 37% ekuiti itu pada harga beli asal bersama dengan caj faedah tahunan 6% ditanggung oleh penjual Indonesia itu.

Dalam ertikata lain, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.



Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%.

Ini bermakna, Jika syarikat itu berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak.



Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.

Maka, wang rakyat TETAP TERPELIHARA dan kita tidak akan rugi - sekaligus membuktikan tomahan PH bahawa FELDA akan rugi dengan membeli Eagle High ialah satu lagi fitnah.



Masa itu, kerajaan BN tidak senang untuk mengumumkan terma ‘Put Option’ ini kerana syarat-syariat perjanjian jual beli itu adalah sulit.

Tetapi keadaan ini telah digunakan pemimpin PH bagi memfitnah kita.



Walaupun ianya hak PH untuk batalkan pembelian Eagle High dan tuntut wang untuk dibayar balik, tidak mustahil kita akan terlepas untung besar jika nilai syarikat itu naik apabila harga sawit memulih pada satu hari nanti.

Pada tahun 2009, kita juga dikecam oleh PH kerana dituduh Maybank terlebih bayar membeli Bank Internasional Indonesia (BII) yang dinamakan semula sebagai Maybank Indonesia. Rujuk di sini.



Selang beberapa tahun, pembelian BII ini terbukti amat berjaya dan PH pun bisu mengenai isu ini.

Dengan pembatalan pembelian Eagle High pula, bukan senang untuk mencari peluang untuk membeli kepentingan 37% dalam ladang kelapa sawit yang sudah ditanam dengan keluasan 4 kali ganda negara Singapura dengan harga RM2 bilion sahaja kerana tanah untuk tanam kelapa sawit di Malaysia sudah terhad. - Najib Razak




PH lapor polis, Felda rugi disebabkan Najib PH lapor polis, Felda rugi disebabkan Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...