PH adalah kerajaan kera... – Mufti Perlis



ARAU 15 April - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin seolah-olah memberi gambaran kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila melabelkan kerajaan kini bagaikan ‘kera mendapat bunga’.

Katanya, peribahasa itu bermaksud seseorang yang tidak tahu menghargai ataupun menggunakan dengan cara betul, apa yang dia perolehi.


Beliau berkata, hal demikian juga terjadi apabila seseorang itu mendapat kuasa tetapi tidak tahu bagaimana cara dan disiplin yang sepatutnya dilakukan dengan kuasa tersebut.

“Kuasa diberikan untuk membaiki keadaan rakyat agar lebih baik dan membela yang lemah.


“Malang jika ada yang mendapat kuasa untuk menunjuk-nunjukkan kuasa. Maka kenalah perumpamaan Melayu ‘bagai kera mendapat bunga’ dan ‘bagaikan si kudung mendapat cincin’,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Meskipun tidak menamakan kepada siapa status tersebut ditujukan namun dipercayai merujuk kepada kegagalan kerajaan PH selepas hampir setahun mentadbir negara.


Mohd. Asri ketika mengulas prestasi kerajaan PH sebelum ini turut mengakui kecewa dan menyifatkan mereka gagal menjalankan tanggungjawab serta tugas dengan baik, sekali gus turut mengecewakan rakyat yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baharu itu.

Dalam kenyataan beliau pada 3 April lalu itu, Mohd. Asri juga tidak menolak kemungkinan jika sekiranya para pemimpin PH tidak berubah khususnya dalam soal perebutan jawatan sesama sendiri, mereka bakal menjadi kerajaan sepenggal.


“Saya sejujurnya berharap kepada urus tadbir negara yang baik dan saya tahu hasrat itu ada, tetapi saya rasa mereka tidak berkemampuan untuk melakukannya atas banyak faktor seperti calon-calon yang memang kurang pengalaman dan pertembungan dalaman sesama sendiri.

“Oleh itu, agenda perubahan yang kita harapkan itu tidak diberikan perhatian,” katanya. - UO

PH adalah kerajaan kera... – Mufti Perlis PH adalah kerajaan kera... – Mufti Perlis Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...