Penjenamaan untuk beza dasar kerajaan dulu, sekarang – Khalid


Beri alasan bodoh lepas tu buat muka confident. Nak bezakan dasar tak tukar nama pun boleh lah!

KUALA LUMPUR – Penjenamaan semula bertujuan untuk membezakan dasar yang dibuat oleh kerajaan terdahulu dan terkini, kara Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penukaran nama Program Permata Negara (Permata) kepada Genius oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

Tambah Khalid, ia bukan sekadar pembaharuan nama sahaja namun akan mempunyai tambah baik daripada aspek cara pelaksanaannya.


“(Penjenamaan semula) itu (langkah) kementerian masing-masinglah, kerana kita nak bezakan yang mana dasar kerajaan sekarang dan yang mana dasar kerajaan dulu.

“Bukan sekadar tukar nama sahaja tetapi insya-Allah ada perbezaan dari segi cara ia dilakukan dan sebagainya,” katanya.


Khalid mengambil contoh Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang ditukar mana kepada Residensi Wilayah..

“Sekarang ia diberi nama Residensi Wilayah dan ia (penjenamaan terbabit) bukan sekadar penjenamaan baru tetapi juga asas-asas dia pun berbeza dari segi luas lantai, iaitu dari 800 kaki persegi jadi 900 kaki persegi.


“Manakala dari segi keperluan pula mengikut kawalan kualiti pembinaan,”tambah Khalid.

Pakar bahasa sebelum ini menyifatkan penggunaan Genius sebagai pengganti Permata menunjukkan kemiskinan penggunaan bahasa Melayu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN : Mesyuarat PH setuju jenama semula KLIA

Penjenamaan untuk beza dasar kerajaan dulu, sekarang – Khalid Penjenamaan untuk beza dasar kerajaan dulu, sekarang – Khalid Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 18, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...