Peniaga kedai makan Johor mengeluh kurang pelancong Singapura


Sejak PH mentadbir pendapatan peniaga merosot. Tapi siapa suruh undi PH. Sabarlah sehingga PRU15. Lepas tu fikir dulu sebelum buang undi.
SEKTOR makanan dan minuman di Johor Bahru menerima kesan buruk ekoran penurunan jumlah pelancong yang tiba dari Singapura, kata kelompok industri.



Mereka menyalahkan kelewatan di kaunter imigresen pada pintu masuk dan hubungan tegang antara kedua-dua negara sejak peralihan kerajaan, sebagai punca penurunan jumlah pelancong.

Mereka berkata jumlah pelancong dari Singapura menurun sebanyak 14.7%, dengan hanya 10.62 juta ketibaan pelancong republik itu direkodkan pada 2018, menyebabkan Malaysia tidak mencapai sasaran 26.4 juta pelancong ke negara ini pada tahun tersebut.


“Selain pusat pemeriksaan yang padat dan tempoh masa menunggu lama, ketegangan kedua-dua negara yang masih berterusan juga memburukkan lagi situasi.

“Ramai pelancong Singapura tidak datang ke sini kerana masalah yang dihadapi kedua-dua negara,” katanya merujuk kepada pertikaian udara dan maritim selain tuntutan Putrajaya agar Singapura membeli air mentah dari Johor dengan harga yang lebih tinggi.


Akibatnya, MSCSPGA berkata pendapatan mereka berkurangan sebanyak 30%.

Melaka, yang merupakan satu lagi lokasi tumpuan pelancong Singapura, turut menerima kesan apabila pendapatan perniagaan kedai kopi berkurangan. - TMI

Peniaga kedai makan Johor mengeluh kurang pelancong Singapura Peniaga kedai makan Johor mengeluh kurang pelancong Singapura Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...