KECOH! Pengkalan Chepa dihalau keluar panggil Guan Eng PONDAN


Memang pondan pun. Cabar ornag tunjuk bukti, bila nak beri bukti tak beri ruang. PONDAN!

KUALA LUMPUR 2 April - Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas meninggalkan sidang Dewan Rakyat sebentar tadi apabila tidak berpuas hati bermula daripada isu nasib kontraktor bumiputera.



Tindakan itu dibuat selepas Ahmad Marzuki Shaary (Pas-Pengkalan Chepa) yang mahu membangkitkan perkara tersebut, dihalau keluar oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon kerana menggunakan perkataan pondan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan enggan menarik perkataan tersebut.



Tindakan Rashid yang dianggap tidak adil itu membuatkan kesemua Ahli Parlimen BN dan Pas keluar meninggalkan sidang dewan.

Keadaan itu berlaku semasa Guan Eng menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019.



Ahmad Marzuki membangkitkan isu nasib kontraktor bumiputera apabila mendakwa kontrak yang diperuntukan kepada bumiputera kini dijalankan secara terbuka kononnya boleh disertai oleh bukan bumiputera.

Ketika berbalah, Ahli Parlimen Pas itu mendakwa Menteri Kewangan ‘macam pondan’ kerana tidak membenarkan beliau bercakap tentang hal tersebut tanpa bukti jelas.



Keadaan itu membuatkan penyokong kerajaan bengang dan meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mendesak dan menghalau Ahmad Marzuki keluar Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

KECOH! Pengkalan Chepa dihalau keluar panggil Guan Eng PONDAN KECOH! Pengkalan Chepa dihalau keluar panggil Guan Eng PONDAN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...