Pengerusi SPR mohon maaf kepada pengundi Kelantan


Selepas SEBULAN akhirnya Pengerusi SPR mengaku bersalah dan mohon maaf

KUALA LUMPUR 5 April - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun memohon maaf kepada pengundi Kelantan atas kenyataannya sebelum ini yang didakwa mengguris hari rakyat negeri itu.



Beliau yang dikenali sebagai Art Harun berkata, beliau akan terus berkhidmat mengikut lunas undang-undang untuk memastikan urusan pilihan raya berjalan dengan adil.


“Saya selaku Pengerusi SPR dengan rendah hati memohon maaf kepada pengundi Kelantan berhubung kenyataan yang disiarkan oleh pihak media berkaitan dengan isu melibatkan pengundi di luar Kelantan.



“Saya akan memberikan perkhidmatan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan urusan pilihan raya dilaksanakan dengan bersih, telus, adil dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Bulan lalu, Azhar dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat dia mendaftar sebagai pengundi walaupun tinggal di tempat lain.



Kata beliau, disebabkan perkara itu, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri itu untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.


Kenyataan itu dibidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menyifatkan ia sebagai satu penghinaan kepada seluruh rakyat Kelantan. - UO

Pengerusi SPR mohon maaf kepada pengundi Kelantan Pengerusi SPR mohon maaf kepada pengundi Kelantan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...