Pengerusi SPR jangan bohong – Najib



Ini alasan separuh benar sahaja.

Sudah 7 kali PRK selepas PH menang PRU14.

Berpuluh tuduhan dengan bukti kukuh telah menunjukkan PH melanggar undang-undang pilihanraya dalam PRK-PRK ini.


Beri duit minyak, beri hamper, sogok pengundi dengan tawaran renovasi, ugut calon BN, beri kupon makanan, belanja pengundi makan, menteri PH ceroboh masuk kereta calon BN, pakai logo parti dalam pusat undi semasa hari undi dan sebagainya.

Semua dikatakan salah oleh BERSIH dan SPR sendiri.


Tetapi tidak ada SATU caj dibenarkan oleh pejabat Pendakwa Raya untuk diteruskan untuk dakwa di Mahkamah.

Yang kena dakwa semasa PRK hanya seorang sahaja.

Iaitu ke atas seorang EXCO pemuda UMNO yang sebut "Ko Bodoh" serta menyebabkan "soft tissue" injury kepada seorang Menteri semasa hari penamaan calon.


EXCO itu terus direman 3 hari dan didakwa walaupun ketua polis sendiri pernah cakap ianya hanya satu pergaduhan kecil sahaja.

Oleh itu, bagaimana Mahkamah ada peluang untuk menentukan salah laku pilihan raya jika pendakwa raya tidak meluluskan sebarang dakwaan terhadap PH?


Tak sampai ke Mahkamah pun.

Faham atau tidak, SPR?

(Kes skodeng pegawai khas Menteri yang dilapor polis oleh mangsa dan yang ada bukti video CCTV pun tak di dakwa walaupun sudah 7 bulan lamanya.)




Hanya mahkamah boleh tentukan salah laku pilihan raya: SPR

SEREMBAN - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menegaskan suruhanjaya itu tiada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap laporan salah laku dalam pilihan raya.


Beliau berkata, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa mahkamah.

"Sebab itu kita minta mana-mana pihak termasuklah pihak media untuk membuat laporan jika ada maklumat salah laku dalam tempoh kempen pilihan raya.


"Ia bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan jika didapati terdapat pelanggaran pilihan raya, mahkamah yang tentukan sama ada salah atau sebaliknya," katanya pada sidang media ketika melawat pusat pengundian awal di Balai Polis Rantau di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian suruhanjaya itu berhubung tindakan kerajaan mengumumkan projek pembangunan ketika kempen PRK DUN Rantau.


Katanya, masih ramai yang tidak jelas mengenai fungsi dan tugas SPR.

"Apa yang saya boleh katakan, jika ada salah laku yang dikesan buat laporan polis untuk membolehkan tindakan diambil. Saya hanya boleh memberi nasihat," katanya.


Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika berucap pada program ceramah PRK DUN Rantau di Kuala Sawah di sini, beberapa hari lalu memberi bayangan Negeri Sembilan akan turut mendapat faedah sekiranya projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) diteruskan.

Katanya, jika projek itu boleh diturunkan harga kepada RM10 bilion akan ada berita baik bukan untuk negara tetapi untuk rakyat Negeri Sembilan. - SH




Pengerusi SPR jangan bohong – Najib Pengerusi SPR jangan bohong – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...