Pegawai Salahuddin direman 4 hari


Rakyat skeptikal dengan semua tangkapan yang membabitkan orang PH. Tiada satu pun yang didakwa. Guan Eng lepas, anak Mat Sabu lepas, pegawai skodeng bawah skirt lepas, semuanya lepas.

Seorang pegawai kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub ditahan reman selama empat hari selepas didakwa menerima jam tangan mewah sebagai suapan daripada seorang pemaju.


Pembantu berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman itu akan berakhir pada 5 April.


Malam tadi, Salahuddin memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam siasatan kes itu.

"Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas," katanya.


Terdahulu, dilaporkan SPRM menahan suspek selepas siasatan awal mendapati jam tangan berharga RM28,000 itu diberikan sebagai dorongan dari pemaju untuk mendapatkan projek di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

Suspek ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal siasat.


Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan sehingga 20 tahun penjara dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan. - MK

Pegawai Salahuddin direman 4 hari Pegawai Salahuddin direman 4 hari Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...