Pegawai Salahuddin dibebas lebih awal

Setiausaha politik menteri ini sepatutnya direman 4 hari, bermula Selasa lalu sehingga esok untuk membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan penerimaan jam tangan mewah yang dianggarkan bernilai RM28,000. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membebaskan seorang setiausaha politik menteri, sehari lebih awal daripada reman 4 hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan suapan berbentuk jam tangan jenama Omega yang dianggarkan bernilai RM28,000.

Perintah tamat reman terhadap lelaki berumur berusia 47 tahun itu dikeluarkan Majistret, Noraisyah Mohd Yusof.


Lelaki itu ditahan kira-kira 5 petang Isnin lalu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya, ketika hadir memberi keterangan dan tempoh remannya bermula Selasa lalu sepatutnya berakhir esok.

Sumber SPRM berkata, ia adalah proses biasa untuk suspek dibebaskan sebelum tamat tempoh reman, apabila siasatan selesai awal.


Noraisyah turut menetapkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin.

Sumber SPRM sebelum ini berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai menerima jam tangan mewah sebagai dorongan untuk membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan kementerian.


Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. - FMT

ARTIKEL BERKAITAN : Pegawai Salahuddin direman 4 hari

Pegawai Salahuddin dibebas lebih awal Pegawai Salahuddin dibebas lebih awal Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...