Pegawai Mahathir kantoi tanya warna seluar dalam isteri orang



Satu video pendedahan tentang seoarang pegawai kepada Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi tular di media sosial.

Pendedahan itu dilakukan oleh suaminya melalui Facebook Live seorang aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef.



Menurut suaminya yang memperkenalkan diri sebagai Jamal itu, isterinya membuat satu perniagaan online yang menjual minyak urat yang kegunaannya untuk orang yang sakit urat seperti sakit lutut dan sebagainya.

Isterinya itu menjual minyak urat itu dengan melakukan promosi secara Facebook Live. Beliau turut menekankan isterinya bukanlah seorang yang tergedik-gedik dan isterinya juga tidak tergedik-gedik ketika melakukan promosi itu.



Dan minyak yang dijual itu bukanlah minyak yang boleh mendatangkan reaksi seksual kepada penonton. Ia bukanlah minyak untuk zakar atau sebagainya, menurutnya.

Malangnya pegawai kepada Tun Dr Mahathir yang menggunakan nama Zamre Haji Yahya telah membuat satu komen bertanyakan warna seluar dalam yang dipakai oleh isterinya ketika membuat promosi tersebut.



Perbuatan melampau pegawai itu membuatkan Jamal tidak berpuas hati kerana maruah isterinya dijatuhkan dikhalayak ramai ketika sedang bersiaran langsung dengan pelanggannya.

Sebagai suami perbuatan itu dirasakan tidak boleh dimaafkan dan laporan polis telah dibuat terhadap pegawai kepada Ahli Parlimen Langkawi merangkap Perdana Menteri Malaysia itu.



"Saya sudah beri masa kepadanya untuk memeohon maaf secara terbuka namun beliau tidak melakukan demikian, malah beliau blok saya di Facebook," tambah Jamal lagi.

Difahamankan Zamre Haji Yahya telah menutup akaun Facebooknya setelah mengetahui laporan polis dibuat ke atasnya yang mungkin untuk memadamkan bukti, namun Jamal sempat membuat tangkapan skrin sebelum itu. - AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
















Pegawai Mahathir kantoi tanya warna seluar dalam isteri orang Pegawai Mahathir kantoi tanya warna seluar dalam isteri orang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...