Pecat ahli majlis Tampin jika bersalah – MB



Tindakan tatatertib termasuk pelucutan jawatan boleh dikenakan terhadap ahli majlis wanita, yang dikatakan melindungi lelaki warga asing yang tidak memiliki dokumen sah selain didakwa bersekedudukan, sekiranya dia didapati bersalah.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata pihak kerajaan negeri setakat ini masih menunggu hasil siasatan, sebelum mengambil sebarang tindakan.


"Saya juga dimaklumkan dia masih lagi dalam siasatan dan sudah dipanggil memberi keterangan pada hari ini dan kita serahkan siasatan ini kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

"Saya mengambil serius sebarang isu yang dikaitan dengan Anggota Majlis, namun lebih adil jika siasatan sudah selesai dan baru kita ambil tindakan kepada anggota tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 di Seremban, hari ini.


Semalam, media melaporkan seorang ahli majlis wanita di Tampin dipercayai melindungi lelaki warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen sah, selain didakwa bersekedudukan di sebuah rumah di Gemas. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN : Ahli Majlis Tampin ditahan lindungi, bersekedudukan warga asing

Pecat ahli majlis Tampin jika bersalah – MB Pecat ahli majlis Tampin jika bersalah – MB Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...