Parlimen yang sebar Kertas Putih Felda, bukan Najib – Warganet



KUALA LUMPUR: Seorang pengguna Twitter berkata Kertas Putih Felda dimuat naik di laman awam sehari sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, selepas menteri mahu tindakan keras diambil terhadap Najib Razak kerana memaparkan sebahagian dokumen itu di Facebook.

@Syahirsyhr berkata jika tindakan perlu diambil, maka kakitangan Parlimen perlu dikenakan tindakan kerana menyediakan dokumen itu di laman Parlimen.


“Sesiapa akses laman web Parlimen boleh muat turun Kertas Putih Felda,” katanya. “Kau bentang Kertas Putih Felda hari ini tapi dah ada dalam Risalat Parlimen sejak semalam.”

Terdahulu, Azmin mahu tindakan keras diambil terhadap bekas perdana menteri kerana memaparkan sebahagian dokumen di Facebook semalam, walaupun dilarang (embargo) sehingga pagi tadi.


Menurut Peraturan Mesyuarat, mendedahkan rang undang-undang atau dokumen, sama ada secara penuh atau sebahagian, sebelum masanya, adalah menghina Dewan Rakyat.

Dokumen yang dicetak menyatakan ia tak boleh disiarkan sebelum 11.30 pagi. - FMT

Parlimen yang sebar Kertas Putih Felda, bukan Najib – Warganet Parlimen yang sebar Kertas Putih Felda, bukan Najib – Warganet Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...